Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah...
Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia marah...
Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang...
Perpisahan sekali sekala perlu untuk menyuburkan kecintaan.. perpisahan (bukan bercerai) sementara mengundang rasa rindu tetapi AWAS!!! Jangan terlalu lama...ini bakal mengundang FITNAH dan mengikis KESETIAAN....Kalau sayang anak ditangan-tangankan....ajar sebaik mungkin walau kekadang terpaksa memukul mereka...Pukullah dengan niat mengajar, jangan sesekali bersama pukulan terdorong rasa marah...ikhlaskan hati mengajar untuk menjadikan mereka terbaik yang boleh....
Begitu juga isteri, jangan asyik berkepit sahaja...ini boleh mengundang rasa jemu...kalau sayang isteri perlu ditinggal-tinggalkan...Sejarah Islam turut membuktikan, isteri selalu ditinggalkan dek perjuangan menentang thagut, keluar berdakwah, berhijrah, berperang...pulang dengan kemenangan diiringi kerinduan bersangatan bertemu isteri dan anak-anak...Jarang sekali kita mendengar kisah perceraian berlaku dikalangan ilmuan...Mungkin bagi jiwa kita yang lemah, perpisahan dengan pasangan tercinta sesuatu yang memedihkan tetapi ia adalah ubat mujarab dalam menyuburkan rasa cinta...TAK PERCAYA?? cuba kita lakukan....tapi jangan berpisah kerana tujuan maksiat pula yer, takut bukan rindu yang diundang, silap hari bulan TAK NAK PULANG la pula...hehe
Jom PATAH BALIK...
kalau kita berjauhan baru kita nampak semua keindahan, keistimewaan, kejelitaan isteri...baru kita terasa tak boleh kehilangan isteri...kadang-kadang bila selalu dekat kita jadi buta...sifat manusia ni biasanya apa yang ada sering DILUPAKAN dan apa yang tiada sering DI IDAMKAN....
AMbik IktIBAR....Kalau kita renung alam (guru yang paling hebat buat insan yang mahu berfikir)... Kadang-kadang bila panas terik berpanjangan kita merintih inginkan hujan... kadang-kadang bila hujan berpanjangan kita merintih kerana inginkan mentari panas....Perumpamaan yang saya sering gunakan juga ialah kita selalu minta Allah bagi RAMA-RAMA sebab rama-rama itu indah tapi apa yang kita dapat Allah bagi KEPOMPONG.... kita sedih sebab kepompong tidak cantik, buruk, geli tapi kita selalu lupa hikmah pemberian dan kejadian...AKHIRNYA baru kita sedar rupa-rupanya jika kita sabar dengan ujian Allah, Allah telah beri kita RAMA-RAMA yang indah...(faham dak??) maksudnya bila kempompong dah bertukar jadi rama-rama...dalam ilmu sains ada belajar dah....
0 comments:
Catat Ulasan