Hampir semua link dibawah adalah halaman milik penulis. Sebarang masalah bolehlah hubungi terus kepada saya.
HUBUNGI | AGAMA | GAMAT ONLINE | LANGKAWI TOUR| IKLAN1-KOSONG | IKLAN2-KOSONG |

Khamis, Mei 05, 2011

Bila Beruk Jadi Hakim / Pemimpin

Suatu Hari kelihatan seekor Tupai dan Tikus bergaduh kerana berebut hak mendapatkan sebiji pisang yang mereka temui bersama. Akhirnya mereka bersetuju untuk berkongsi, tetapi masalah timbul apabila tiba masa untuk membahagikan pisang itu....

Pergaduhan mereka itu didengari seekor beruk yang kebetulan berada dipohon berhampiran. "Biar Aku Jadi Hakim", kata beruk menawarkan diri.. Tikus dan Tupai pun bersetuju. Mula- mula beruk menggigit pisang tersebut untuk membahagikannya kepada dua bahagian. Dengan sengaja beruk tapi melebih satu bahagian dari satu bahagian yang lain. Bahagian lebih diserahkan kepada tikus, bahagian yang kurang diberikan kepada Tupai..

Melihat tikus dapat bahagian yang lebih, tupai tidak berpuas hati dan membentak, "Ini Tidak Adil. Mengapa aku mendapat bahagian yang pendik dan tikus mendapat bahagian yang panjang?"


"Oh Mudah saja, mari aku samakan," kata beruk sambilmengambil bahagian pisang yang panjang pada tikus lalu dimakannya. Dia sengaja memakan pisang tersebut supaya bahagian tikus tersebut menjadi lebih pendek dari pisang yang dimiliki tupai.

Melihat pisangnya lebih pendek, si Tikus pula membantah, "Kenapa bahagian aku pula lebih pendek dari tupai?" Beruk dengan taktiknya yang sama yakni terkurang dari bahagian yang lain sambil berkata,"Oh, itu senang saja, mari aku makan sikit bahagian si Tupai supaya kelihatan adil".

Begitulah berulang-ulang dilakukan oleh beruk sehingga pisang itu habis dimakan olehnya dan dia pun segera melompat ke atas pokok. Pada ketika itu barulah tupai dan Tikus sedar yang mereka sebenarnya telah tertipu...!!

PENGAJARAN :
Kita sebenarnya tidak memerlukan pihak ketiga yang berkepentingan untuk menjadi hakim dalam sebarang suasana dan keadaan. Adalah mustahil untuk mengharap mereka berlaku adil dalam membuat pertimbangan dan keputusan. Jauhilah daripada "tipu daya" mereka demi ketenangan dan keamanan dalam diri dan masyarakat.

Fikirkan berapa ramai berperangai BERUK dalam negara kita yang selalu masuk TV hehe :)

0 comments:

 
Hakcipta : Wan Saidin