Hampir semua link dibawah adalah halaman milik penulis. Sebarang masalah bolehlah hubungi terus kepada saya.
HUBUNGI | AGAMA | GAMAT ONLINE | LANGKAWI TOUR| IKLAN1-KOSONG | IKLAN2-KOSONG |

Selasa, November 28, 2017

4 Sekawan DiBumi China

Dari Kanan : Muhammad Sofi @ Acong merangkap ketua rombongan. Kelebihan rupa lengchai tapi bahasa china KO
2 Dari kanan : Saya Mohd Ridzuan, bab jalan OK, unit bantuan Khas Makanan backup 1 trolli..haha
3 dari kanan : En Yusri, Rilex aja, wa follow aja mana2 selaku ketua audit rombongan..hehe
Kiri sekali : Razif merangkap timb. ketua rombongan, kapla ronda rondi sebab dia soqhang ja boleh on internet dr mola mai

17 & 18 November 2017

Tup tap tup tap....langkah berani menjengah bumi Shenzhen... Flight dari langkawi jam 10malam dan Tiba jam 2am 18 Nov 2017 di Airport memadam jangkaan China sebuah negara kotor, tidak membangun dan mundur pemikiran rakyatnya...

Ditakdirkan bertemu En Abu Hasan seketika turun flight, seorang Usahawan Kereta terpakai dan aksesori talifon di Sg.Petani yang memberi sedikit info umum berkaitan China sedikit sebanyak membantu kami hingga melepasi pemeriksaan Kastam China. Memandangkan masih awal pagi, kami berehat menanti pagi di ruang "departure" tingkat atas sekali airport.

Jam di handphone (kawe tak pakai jam) menunjukkan 5.30am kami solat subuh diruang airport memandangkan surau memang tak jumpa (mmg tak disediakan). sekitar jam 6.30am kami bergerak ke stesen Metro (train) di tingkat bawah airport untuk menuju ke stesyen Gusyu iaitu stesyen terhampir dengan hotel yang kami tempah sejak berada diMalaysia. Awal sampai tu semua blur la sbb internet tak boleh pakai, kad sim China juga tak dijual (shenzhen xjual sim)... rakyat shenzhen juga 98% jumpa semua xleh speaking english...only mandarin.... signboard juga rata2 chinese....metro ja mudah..nasib baik ada google translate boleh juga tunjuk2.... yang syoknya tahap komfiden level chinese sini 98% la...dia explain ke kita dalam bahasa China bersungguh2 macam kita faham.....hahahaaa kita pun terpaksa buat2 paham.. cari2 jumpa la train ke Gusyu... tambang alhamdulillah, murah2 ja....

Beberapa minit jalan dari Gushu station, sampai la ke Huadingsheng Hotel.. dari pekerja dan Bos, semua kena transfer HP ja nk cakap...hotel ok, selesa untuk kami berempat...check in sepatutnya jam 2pm, tapi depa bagi c.in jam 9.30am dah sebab bilik dah guest sblm c.out....Rehat kejap pastu mula meronda...pusing pekan dia sat pastu lajak ke "Window Of The World(WOTW)"... Sini jela asenya tempat menarik kat shenzhen ni.. Info dari rider UBER, shenzhen ni tempat orang kaya-kaya...
memang keta besau besau sini.. tiket masuk WOTW siang 200yuan. kalau malam 80yuan. siang tu agak mahal la kalu nak masuk... Balik ja ke hotel sambung ronda pekan berhampiran hotel jumpa satu kedai makan Halal...lepak makan situ la... Mee Tarik dia mmg banyak, sedap dan mengeyangkan...Alhamdulillah

Balik ja terus plan nk lari dr shenzhen, awal tu plan nk tembak ke Beijing, tapi tiket Bullet train dekat RM500 dan 8jam perjalanan...kami ubah plan ke Guangzhou.....lepas subuh 19 Nov. kami c.out dalam kul 9.30am gitu...


19 November 2017

1hari yang agak panjang dan buang masa di china sebab pusing pi mai pi mai kot stesen keretapi dia berjam2 lamanya sebab signboard langsung xdak english.. tanya orang-orang situ semua tak faham, lari sana sini tanya orang, last kami naik prebet sapu ke guangzhou, nasib deal rege siap2..kebetulan masa beratur ikut dan ja kat tiket train ada orang china yang boleh cakap english tolong explain sikit dan tiket train ke guangzhou dah habis untuk aritu...dia bgtau rege ulat tu masih reasonable... asalnya ulat tu gtau keta mpv utk 7orang dengan harga 100yuan sorang... skali naik 12orang daaaa... risau juga, tapi tawakkal dan akhirnya sampai juga kat Guangzhou North Station selepas lebih kurang 2jam dengan mpv.


Dari stesyen tu kami jalan kaki ja ke hotel yang dah ditempah Razif... jalan kaki pun dekat ja...kami lepak tak Tiecheng Apartment.. Sini paling best dan paling besar rumah...paling selesa....harga pun berpatutan...C.In hotel pun elok2 sampai dah kul 2pm lebih dah...rehat jap pastu pi pekan beijing lu jap....kat sini baru mai semangat sikit nk ronda China... kat sini boleh la beli simkad China Mobile.. 100yuan dan ada kredit 75yuan... Data internet pun murah gila...1GB 1yuan ja.....
Jumpa 1st restoran halal sini, nampak pun memang mahal tapi memandangkan semua lapaq nasi, masuk makan jela....326yuan utk 4orang......dalam RM52/sorang... hehe

takut train xdak, lepas makan terus balik hotel....esok plan pindah hotel ke Beijing Lu plak sebab dekat sikit nak meronda sampai tengah malam. Lebih kurang jam 10am 20hb Nov. kami c.out dan gerak ke Beijing Lu..


20 November 2017

Pusing-pusing Beijing Lu, rupanya hotel betol2 satu bangunan dengan kedai sim kad beli malam tu..haha Hotel SunShine @ Sunny Apartment satu entrance dengan Grand Continental.. Kaunter dia di tingkat 18. Kami dok tingkat 30...haha... sampai sini dok kalut nk cari mapla la..baju bulu la...snowcap la....mau taknya suhu di Shenzhen mula sampai dalam 18C ja...di Guangzhou suhu selama tempoh kami kat sini sekitar 13C ke 16C...sejuk giler...huhu

Sampai kat sini hotel baru dok kemas, drop barang turun makan dulu pastu naik balik untuk solat sebelum keluar meronda kawasan berdekatan. Kat sini ada ja kedai makanan halal yang murah, 2minit ja dari hotel kami duduk. Hari ni berkesempatan ziarah Masjid Saad Bin Abi Al-Waqqas, seorang sahabat Baginda S.A.W yang juga merupakan komandan tentera semasa zaman Saidina Umar Alkhattab melawan tentera Kaisar... Maqam dia skrg tengah buat renovation sikit...
Lepas tu ronda pekan sat
tapi banyak dok kalut tutup dah sebab sini time kami kat sini malam panjang dan siang pendek. subuh dalam 5.15am dan isyak dalm kul 7.15pm gitu la... balik rehat dulu...plan esoknya keluar awal pagi.


21 November 2017

Lepas subuh pekena maggi, biskut sikit, turn bawah dalm kul 9am.. lajak pi masjid Huaisheng yang tertua dichina.. makanan halal depan masjid tu banyak milik bangsa Muslim Uighur.. sini lah paling nikmat makan..memang sedap giler....lepas tu pi onelink plaza... ni la satu-satunya tempat shopping kami pi..hahaha semua hero, jalan-jalan ja...tak shopping sangat... sapa nk cucuk duit pun tepi plaza ni la (ABC Bank)..money changer pun kat sini....Bank Of China susah... tempat shopping ni rege kena mintak kurang, depa letak mahal2, boleh kurang 1/3 ke 1/2 dr harga asal....



Kalau ada orang China mai nak jual barang2, kena hati2.....banyak penipu magic berkeliaran disini...ada kawan kena tipu kat sini....kalau boleh toksah layan la...

penat ronda kot pekan ni, sampai hotel dalam kul 7malam gitu la...En Yus dan Tn Razif dah keletihan dan xnak keluar dah.... ajak Tn sofi ronda-ronda pekan Canton plak, blh tgok Canton Tower malam-malam.... jauh juga, sparuh jalan ja dekat 4000 step lebih, tu pun campur tolak naik train...hahaha (guna samsung health)...jalan kot atas jambatan dia tgok boat berhias lalu kot bawah..nk beli tiket guna mesin, semua tulisan cina...tgok kot tepi jela...

Balik sampai di hotel dah kul 12 lebih..rehat jap pastu turun massage plak jap sebab mlm sebelum tu tgok tn ajib dan tn sofi sedap ngeliat kn picit..hahahaaa



dia massage jap ja...dalam 45minit gitu sbb kedai dah nak tutp.... kita balik ja pack barang saip2 sebab dah 2am.. esok dah nk gerak balik shenzhen sebab flight balik kat sana...sebab nak datang dari Shenshen susah, takut susah juga nak balik Shenzhen tapi Alhamdulillah, naik train dia xsusah sangat cuma tak merasa la nak naik bullet train...huhu



22 November 2017


Pejam celik masa dah nak habis kat China, tak puas asenya dok sini, suasana dan cuaca sangat mendamaikan walau ketat ngan manusia ke hulu ke hilir...
Usai c.out terus gerak ke metro stesyen dan ke Guangzhou West Station untuk beli tiket train ke Shenzhen. Beli ja tiket terus naik train.. 1st class dalam 99.5yuan..



Train stop kat Louhu di Shenzhen.. pi drop bag kat tempat simpan barang, ronda ke Mall dekat situ jap...sini rege gila mahal tapi masih blh kautim diskaun.. ada kedai tu bila masuk ja paksa2 suruh beli, ada yang blok xbagi keluar lagi, suruh beli barang...hati2...buat "dono" ja...hahaa

lepas ronda jap, jalan pi ziarah masjid terbesar kat sini...jumpa la pakcik chinese "nama : Jamaluddin".. dok speaking arab sikit2 ngan dia...buku dia kat masjid tu penuh tulis bahasa arab dok belajaq...dia tolong tunjuk kedai makan dekat masjid tu tapi asenya dia makan komisyen kot sebab makan kedai kecik ja sampai 250yuan..xpala....rezeki dia.... habis makan terus chow ke louhu station balik untuk pikup bag dan terus ke airport...pi awal sikit sebab taktau nk hadap apa lagi... Pak Hasan yang saya jumpa masa mula tiba diChina ritu da wasap gitau dia sangkut 2jam sebab demam...nasib baik kami semua selamat.
Flight kami malam ni jam 2.45am.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan sampailah kami jejak kaki kat airport Langkawi sekitar jam 7am.


Trip yang sangat memberi pengalaman baru dan sangat Happening..pi plak ngan team yang sekepala memudahkan semua urusan kat sana....plan next trip ke Beijing/Juju Island plak...sama nak jom kita travel sesama..hehe

Peringatan :
- bawa sama2 bekalan makanan spare secukupnya
- bawa ubat2 yang diperlukan
- pastikan VISA one entrance/ two entrance yang betol
- Kaji tempat yang nak dilawati sebelum tiba
- pastikan kad atm/kredit telah diluluskan untuk kegunaan antarabangsa
- bawa wang seckupnya
- kalau boleh rooming data talefon anda terutama ke negara seperti china
- Lantik leader dan bincang semua aktiviti untuk melancarkan pergerakan dan happy journey :)

 *Gambar rajah plan metro di Shenzhen dan guangzhou
*Nampak plan berterabur kan?? tapi nak naik metro ni senang banyak, ingat line mana ja....



Ahad, Mac 16, 2014

Hutang Ohhh Hutang....


Lama betul tak menulis dalam blog ni...bertahun mungkin juga.. jadi kali ni terpanggil untuk tulis semula dengan azam yang baru iaitu "PETUA JADI KAYA@BEBAS HUTANG".. kadang-kadang rasa macam tak layak untuk tulis sebab penulis ini sendiri mempunyai hutang keliling pinggang....tapi ni cuma kesimpulan ringkas sahaja sebab untuk menulis mungkin sebuah novel jadinya...hehe :)

Alhamdulillah, timbul keinsafan dan kesedaran sebelum usia tua...2 buah buku karya Azizi Ali seorang pilot dan karya Irfan Khairi... 2 anak muda ni banyak timbulkan kesedaran untuk berubah walau rasa dah sangat terlambat untuk berubah kerana perbelanjaan dengan hutang yang keliling pinggang sekarang dah melebihi 100% pendapatan!!! dengar sahaja sangat menggerunkan, mana taknya dapat sebulan dalam RM2000 tapi setiap bulan perlu ada sekurang-kurangnya RM4000 untuk tampung perbelanjaan harian dan jelaskan hutang bulanan... NGERI sangat bila fikirkan....

Jangan jadi macam Mat Jenin, fikir panjang tanpa usaha...kita boleh ambil positifnya iaitu banyakkan fikir untuk kaya dan tambahkan usaha kita kearah itu...antaranya, usahakan untuk kurangkan hutang kita.. peringkat awal, lagi kurang hutang kita, maka kita menuju semakin kaya...

ok...saya cuma nak jelaskan disini beberapa kesimpulan atau langkah yang perlu kita lakukan untuk jadi kaya atau bebas dari BELENGGU HUTANG...

1. Nikamati apa yang ada - kenakan pakaian sesuai dengan diri kita, gunakan perbelanjaan untuk keperluan kita dan cuba semampu mungkin untuk elakkan diri dari tunaikan kehendak kita terutama yang diluar batas kemampuan kita, lebih nahas lagi sehingga kita perlu berhutang.

2. Simpan sekurang-kurangnya 10-20% dari pendapatan kita ke akaun yang kita perlu anggap tidak wujud (walau hakikatnya wujud) kerana ini bagi mengelakkan kita kelabu mata (memang sifat kita tak boleh tengok duit banyak sikit). Seeloknya simpanlah di akaun simpanan yang selamat dan mendatangkan hasil pelaburan.contohnya di tabung haji. apa yang paling penting, jangan labur di pelaburan yang memberi risiko pada pokoknya...

3. Usah beli aksesori kereta yang mahal-mahal atau kehendak yang mahal kerana biasanya ia akan menjadi aset yang lapuk, maksudnya nilainya akan semakin susut.

4. Jika ingin memiliki kad kredit, kalau boleh jangan lebih dari satu dan jika ada lebih, gunakan dengan bijak...sebaiknya hanya guna untuk kecemasan.

5. Ini mungkin berbeza pandangan dengan orang lain, bagi saya belilah barangan yang bermutu walau agak mahal dari barangan lain yang murah dan tidak bermutu...ini bagi mengelakkan rosak dan belian berulang.. tapi tak semua barangan yang ada "BRAND" itu bermutu, kadang-kadang barangan yang murah juga bermutu...buatlah pilihan yang bijak.

6. SHOPPING hanya yang telah kita senaraikan untuk beli sahaja.. bawa duit jangan lebih, kalau lebih pun jangan banyak untuk kecemasan. elakkan beli barangan yang tidak tersenarai dalam list barangan yang kita nak beli. jika terdesak sangat baru beli, mungkin kita terlepas pandang semasa kita menulis list.

7. Amalan PERBANKAN INTERNET juga banyak bantu jimatkan wang, masa dan tenaga... bayar bil-bil utiliti terutamnya dirumah. yang pasti petrol dan masa beratur sudah banyak dapat dijimatkan. (SELAIN ITU SHOPPING INTERNET KENA BIJAK KAWAL) sebab cash tiada ditangan rasa mudah ja kita membeli sebab xrasa berat nak keluarkan duit...

8. Elakkan penyakit "Parkinson Law" iaitu lagi banyak kita dapat wang, lagi banyak kita belanjakan... ini penyakit yang terkena hampir semua masyarakat hari ini....

9. Yang ni rasanya seorang dalam 1000 orang yang akan buat, Buat catatan perbelanjaan dan pendapatan harian kita..tulis sahaja apa pun yang kita belanjakan walaupun sekecil nilai RM0.20. Jadi setiap hari kita boleh lihat perkembangan ekonomi rumah tangga kita... saya sendiri bermula 1 jan 2014, dah ada negatif income... kaedah buat anda akan dapat sendiri bila dah buat...walau negatif saya masih mampu survive hidup sebab saya pun silap juga...saya bermula 1 jan dengan RM0.00... sepatutnya saya kena collect semua cash yang ada dalam semua bank dan tabung... :) insyaAllah mula semula nnt tahun 2015... anda pun masih boleh mula..belum terlmbat..

10. DERMA atau SEDEKAH jangan sesekali dilupakan, kalau boleh yang ni jer jangan update dalam perbelanjaan harian sebab takut kita hitung dipenghujung hari, dan menyebabkan kita jadi kurang ikhlas.. lagi banyak derma lagi berkat duit ringgit kita, insyaAllah sebab Allah dah janji akan digandakan setiap pemberian kita yang ikhlas, xdapat didunia, akhirat pasti kita dapat.. kuncinya IKHLAS...



takat ini, saya dh update jd 10 cara disini..banyak lagi kaedah untuk kita..InsyaAllah, ada lagi masa terluang nanti saya update entri ni untuk tambahan....rajin taip takat ni ja.. :0) hehe jumpa lagi...

Rabu, Januari 16, 2013

Sunnah Berbekam Dalam Kitab Tibb An-Nabawi

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.” (HR Bukhari)

Madu menjadi dasar obat-obatan, terutama obat yang berasal dari tumbuhan (Herba) yang alamiah dan tidak mengandung Kimia sintetis. Bekam, menjadi dasar kepada Pembedahan, dan Api menjadi dasar kepada perobatan Laser.


Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :
إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya kaedah pengubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

Dalam Hadits lain riwayat Tirmidzi menerangkan : “Bahwa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Isra' Mi’raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit”. Pesan tersebut berulang-ulang sehingga Baginda takut hal tersebut menjadi Fardhu atas umatnya.

Rasulullah memuji orang yang berbekam : “Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh, serta menajamkan penglihatan”. Allah mengkhususkan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadlan untuk mencuci ‘Rohani’ dengan berpuasa, jadi wajarlah kita mensucikan ‘Jasmani’ dengan ‘Berbekam’. Berbekam sebelum berpuasa akan lebih baik manfaatnya.

Dari Annas bin Malik r.a katanya : “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW, maka beliau suruh berikan kepadanya segantang kurma”.
Dari Ibnu Abbas r.a katanya : “Nabi SAW berbekam dan diberinya orang yang membekam itu (Upah/red.). Jika pemberian itu ‘Haram’, Baginda S.A.W tidak akan memberinya”.

BerBekam, Sunnah Rasul yang semakin ditinggalkan sejak sekian lama, namun kajian saintis moden mutakhir ini telah kembali mengakui kehebatan atau kemujaraban rawatan bekam ini hingga kembali terkenal sebagai rawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit(dengan izin Allah).  Bekam adalah satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit. Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.




Gambar menunjukkan antara titik bekam yang ada pada tubuh kita yang masing-masing punya khasiat dan manfaatnya tersendiri. InsyaAllah.




Gambar dibawah sebagai contoh bekam yang telah dilakukan.

Bahu, leher dan kepala antara titik sunnah Rasulullah s.a.w

antara 10 titik asas berbekam yang disarankan bagi mereka yang belum pernah berbekam dan bagi yang nak menjadikan amalan. Titik-titik lain bergantung pada penyakit.
Antara tanda berlakunya penyembuhan dalam badan dengan keluarkan buih buih angin, darah beku, wap panas dan darah yang kekuningan (asid urik) yang akan sebabkan pelbagai penyakit antaranya seperti gout. 

10 Titik seperti gambar rajah adalah titik sunnah yang Nabi kita Muhammad s.a.w sering lakukan dan jadikan amalan.
Menurut Ibnu Sina dalam kitabnya, bahwa saat yang baik untuk berbekam ialah pukul 2-3 petang, karena darah saat itu sedang mengembang dan darah-darah toksid senang dikeluarkan. Sebelumnya boleh dilakukan ½ jam diwapkan, rehat 15 menit, kemudian baru berbekam.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda : “Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19, 21 bulan Hijriah, maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala penyakit”.

Segerakan pertolongan kepada pesakit yang memerlukan perawatan, berilah sentuhan-sentuhan ‘Ilahiah’ serta memohon kepada Allah. Sebagaimana memakan obat, berbekam juga adalah salah satu kaedah perawatan yang hanya Allahlah sebagai ‘Penyembuh’.

Karena Berbekam merupakan sunnah Rasulullah SAW, maka ia mempunyai hikmah yang luar biasa dari segi keberkesanannya.

SIAPA YANG TIDAK BOLEH BERBEKAM
1. Peasakit yang sakit parah dan tidak ada daya/tanpa upaya
2. Pada kulit-kulit yang berkudis dan berpenyakit
3. Pada perut orang yang baru habis makan berat
4. Pada perut ibu yang sedang mengandung
5. Pada setiap lubang : hidung, telinga, puser, dubur dll.
6. Pesakit Diabetes yang sudah parah
7. Pesakit AIDS atau HIV
8. Anak-anak penderita dehidrasi (kekurangan cairan) (tak boleh bekam basah)
9. Penderita penyakit kanser darah.
10.Penderita yang sering mengalami keguguran kandungan
11.Penderita Hepatitis A dan B apabila sedang dalam kondisi parah atau pengidap penyakit kuning karena hepatitis
12.Pesakit yang melakukan cuci darah
13.Penderita kedinginan, sementara suhu badannya sangat tinggi atau penderita flu dan semisalnya, kecuali setelah ia tidak lagi merasa kedinginan
14.Wanita hamil pada 3 bulan pertama
15.Terhadap orang yang terkena sihir, guna-guna, dan sebagainya, kecuali jurubekam yang telah mampu menghadapi kes seperti ini.
16.Pesakit yang masih mengamalkan ubat pelancar darah, kecuali dibekam dengan sangat hati-hati. Sama juga dengan orang yang kelelahan atau penat, sehingga ia beristirahat
17. Punya penyakit jantung, tidak boleh dilakukan terhadap pesakit yang menggunakan peralatan bantu untuk mengatur detak jantung.

Mengapa kita sebagai Muslim tidak menjadikan,
“Perawatan Bekam” sebagai pilihan,
sehingga mendapatkan Rahmat dan Barokah dari Allah,
sebagai Dzat yang menyembuhkan segala jenis penyakit …?

Kos Rawatan Bekam Terkini :
RM 8.00 / Cup @ 1 Point
Minimum 5 Cup
Titik Sunnah 10 point
Waktu Bekam : Call / Sms untuk temujanji.

Ahad, Februari 19, 2012

Lambakan Makanan Haram di Pasaran


Salam semua,,
Kod lemak babi ini adalah benar dan telah di sahkan oleh pihak JAKIM

Tolong jangan main beli ja barangan di pasaran sekarang terutama makanan segera macam apollo, cadbury dan lain-lain.. print code ni simpan dlm wallet atau henset. refer bila nak beli apa-apa dipasaran. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. Kalau takdak gak kod ni kita serah je pada Allah dengan harapan Allah ampunkan dosa kita seandainya tidak kita ketahui selepas kita cuba mencari yang halal dan terbaik...wallahu a'lam

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

Haram :
01.E120   02.E140   03.E141   04.E160a   05.E161b   06.E161g   07.E252   08.E430   09.E431
10.E441   11.E542   12.E634   13.E635   14.E904   15.E920   16.E921   17.E1105

Syubhat :
01.E101   02.E101a   03.E106   04.E111   05.E121   06.E125   07.E126   08.E130   09.E152
10.E153   11.E161a   12.E406   13.E440   14.E312   15.E316   16.E318   17.E339   18.E340
19.E341   20.E422   21.E432   22.E433   23.E434   24.E435   25.E436   26.E445   27.E451
28.E452   29.E470   30.E570   31.E572   32.E621   33.E622   34.E623   35.E624   36.E625
37.E631   38.E640   39.E1518

Bergantung (jika sumber haiwan = HARAM, jika dari tumbuhan = HALAL)
01.E322   02.E325   03.E326   04.E327   05.E329   06.E442   07.E470a   08.E470b   09.E471
10.E472a   11.E472b   12.E472c   13.E472d   14.E472e   15.E472f   16.E473   17.E474   18.E475
19.E477   20.E478   21.E479b   22.E481   23.E482   24.E483   25.E491   26.E492   27.E493
28.E494   29.E495   30.E495   31.E570   32.E571   33.E572   34.E910

Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...memang patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... kat keropok rota pun ada, macam lagi yang teman semua boleh rujuk sendiri...

Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ...sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan seperti ni yg jadi darah daging........maksud hadis ada sebut "setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah lebih utama baginya"nauzubillah.. mungkin maksud tersirat hadis ni menggambarkan akhlak yang keji akibat makanan haram ni yang membawa seseorang ke arah melakukan maksiat kepada Allah...

Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?
Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan....... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...
Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...

Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...
Sekarang dengar khabar JAKIM akan keluarkan akta halal, mudah-mudahan Allah berikan keuatan kepada jemaah Islam bagi merealisasikan harapan agar lambakan makanan haram dipasaran dapat dihapuskan. Walaupun JAKIM punya kuasa mengeluarkan dan memantau sijil halal sebelum ini, namun tiada akta khusus sebelum ini menyukarkan pihak JAKIM mengambil tindakan.

Khamis, Ogos 11, 2011

Dilema Kehidupan...

Hati kalau terlalu di ikutkan, tak mungkin kita akan temui kemanisan kehidupan. Bayangkan semua benda kita nak, kita teringin... Berjela-jela angan-angan sampai kadang-kadang sampai kepada perkara mustahil. itulah salah satu fitrah kita manusia yang serba lemah dan kekurangan, sentiasa berhajatkan sesuatu untuk memenuhi kehendak kita yang tak pernah cukup dan puas. Allah yang Maha Sempurna tidak pernah perlu semua itu kerana Dia Maha Kaya..hatta jika kita beriman atau tidak, semua itu tidak mungkin mengurang atau menambah kesempurnaan yang ada pada diri-Nya kerana Dia telah Maha Sempurna..

Berkembangnya teknologi sekarang ini, maka berkembang jugalah angan-angan dalam benak fikiran kita. Ramai berusaha memperoleh harta sebanyak mungkin bagi memenuhi kehendak diri yang tak pernah puas dan cukup. Dulu kerja, gaji baru RM450.00 tapi sudah cukup untuk menyara diri dan keluarga. sekarang kerja maju sikit, gaji RM1200 sebulan. Kehendak juga bertambah dan angan-angan semakin besar, gaji mula tak cukup... terpaksa pula berhutang..pinjam bank, pinjam kawan, pinjam duit bos... asalkan ada ja sumber boleh pinjam, semua dipinjamnya semaksimun mungkin semata-mata bukan untuk hidup tetapi mencari kemewahan yang bersifat sementara. Bila pegang not RM10,000.00. semua nak dibelinya. lagak macam hartawan yang bebas belanjakan duitnya atau bagai orang yang baru menang loteri... Mabuk dengan kemewahan sampai lupa untuk disiapkan untuk masa depan...Habis semua baru mula gelabah, mana taknya, Gaji Rm1200, hutang pinjaman dah RM800 sebulan. Belanja makan pakai anak isteri berbaki RM400 sahaja sebulan. Sebelum ni RM1200 itulah belanja harian keluarga.

Bayangkan 2/3 dari keperluan keluarga telah hilang. Masa tu menyesal memang dah pasti, hutang pula dengan bank, dengan duit bunganya (riba asal namanya), aktiviti harian keluarga pula makin terhad dek kurangnya sumber kewangan keluarga.. Masa ni mulalah bibik-bibik yang boleh meruntuhkan sesebuah institusi keluarga. mana taknya, pening terlalu memikirkan cara mendapatkan sumber pendapatan tambahan untuk kembali kepada kehidupan lama yang lebih sempurna tanpa beban hutang, fikirkan cara melangsaikan hutang, masalah keluarga, belanja sekolah anak-anak, sakit demam ahli keluarga,tekanan kehidupan yang akhirnya telah banyak memporak perandakan, dan meruntuhkan sesebuah keluarga. Bahkan ada yang telah jadi gila kerana beban dan tekanan mental yang perlu dihadapi. semuanya adalah berpunca dari ketamakan dan terlalu cintakan kemewahan kehidupan sampai lupa tujuan asal kita diciptakan. Tak kurang juga, banyak diantara kita diistiharkan bankrap dek lambakan hutang yang terlalu banyak sekaligus menggelapkan masa depan diri, anak isteri dan keluarga. lakukan yang terbaik hari ini untuk kebaikan berterusan masa akan datang, InysaAllah... Kegagalan kita merancang hari semalam perlu dijadikan guru terbaik buat diri kita. Kegagalan atau kejayaan masa depan kita yang perlu tentukan pada hari ini lagi. Carilah kehidupan dunia sekadarnya, buangkan sifat tamak haloba, bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang, cuba lakukan yang terbaik, sudahi segala usaha dengan tawakal dan redho, insyaAllah, jika kita mampu bersabar, Allah akan beri jalan keluar terbaik untuk diri kita.Ameen...

Khamis, Mei 05, 2011

Bila Beruk Jadi Hakim / Pemimpin

Suatu Hari kelihatan seekor Tupai dan Tikus bergaduh kerana berebut hak mendapatkan sebiji pisang yang mereka temui bersama. Akhirnya mereka bersetuju untuk berkongsi, tetapi masalah timbul apabila tiba masa untuk membahagikan pisang itu....

Pergaduhan mereka itu didengari seekor beruk yang kebetulan berada dipohon berhampiran. "Biar Aku Jadi Hakim", kata beruk menawarkan diri.. Tikus dan Tupai pun bersetuju. Mula- mula beruk menggigit pisang tersebut untuk membahagikannya kepada dua bahagian. Dengan sengaja beruk tapi melebih satu bahagian dari satu bahagian yang lain. Bahagian lebih diserahkan kepada tikus, bahagian yang kurang diberikan kepada Tupai..

Melihat tikus dapat bahagian yang lebih, tupai tidak berpuas hati dan membentak, "Ini Tidak Adil. Mengapa aku mendapat bahagian yang pendik dan tikus mendapat bahagian yang panjang?"


"Oh Mudah saja, mari aku samakan," kata beruk sambilmengambil bahagian pisang yang panjang pada tikus lalu dimakannya. Dia sengaja memakan pisang tersebut supaya bahagian tikus tersebut menjadi lebih pendek dari pisang yang dimiliki tupai.

Melihat pisangnya lebih pendek, si Tikus pula membantah, "Kenapa bahagian aku pula lebih pendek dari tupai?" Beruk dengan taktiknya yang sama yakni terkurang dari bahagian yang lain sambil berkata,"Oh, itu senang saja, mari aku makan sikit bahagian si Tupai supaya kelihatan adil".

Begitulah berulang-ulang dilakukan oleh beruk sehingga pisang itu habis dimakan olehnya dan dia pun segera melompat ke atas pokok. Pada ketika itu barulah tupai dan Tikus sedar yang mereka sebenarnya telah tertipu...!!

PENGAJARAN :
Kita sebenarnya tidak memerlukan pihak ketiga yang berkepentingan untuk menjadi hakim dalam sebarang suasana dan keadaan. Adalah mustahil untuk mengharap mereka berlaku adil dalam membuat pertimbangan dan keputusan. Jauhilah daripada "tipu daya" mereka demi ketenangan dan keamanan dalam diri dan masyarakat.

Fikirkan berapa ramai berperangai BERUK dalam negara kita yang selalu masuk TV hehe :)

Selasa, Mei 03, 2011

PAHIT yang PERLU d TELAN

Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah...
Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia marah...
Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang...

Perpisahan sekali sekala perlu untuk menyuburkan kecintaan.. perpisahan (bukan bercerai) sementara mengundang rasa rindu tetapi AWAS!!! Jangan terlalu lama...ini bakal mengundang FITNAH dan mengikis KESETIAAN....

Kalau sayang anak ditangan-tangankan....ajar sebaik mungkin walau kekadang terpaksa memukul mereka...Pukullah dengan niat mengajar, jangan sesekali bersama pukulan terdorong rasa marah...ikhlaskan hati mengajar untuk menjadikan mereka terbaik yang boleh....

Begitu juga isteri, jangan asyik berkepit sahaja...ini boleh mengundang rasa jemu...kalau sayang isteri perlu ditinggal-tinggalkan...Sejarah Islam turut membuktikan, isteri selalu ditinggalkan dek perjuangan menentang thagut, keluar berdakwah, berhijrah, berperang...pulang dengan kemenangan diiringi kerinduan bersangatan bertemu isteri dan anak-anak...Jarang sekali kita mendengar kisah perceraian berlaku dikalangan ilmuan...

Mungkin bagi jiwa kita yang lemah, perpisahan dengan pasangan tercinta sesuatu yang memedihkan tetapi ia adalah ubat mujarab dalam menyuburkan rasa cinta...TAK PERCAYA?? cuba kita lakukan....tapi jangan berpisah kerana tujuan maksiat pula yer, takut bukan rindu yang diundang, silap hari bulan TAK NAK PULANG la pula...hehe

Kalau sahabat-sahabat dahulu, bila bermusafir maka berpisahlah mereka secara TOTAL sebab masa tu tiada alat komunikasi. Kadang-kadang langsung tiada khabar berita....Kita masih ada ruang ber-SMS, ber-FACEBOOK, berchatting, 3G dan sebagainya bagi mengurangkan kerinduan...manfaatkanlah...cuma berpisahlah seketika demi rumah tangga yang bahagia.. Bila dah berjumpa semula nanti faham-faham la sendiri bertapa bahagianya...bagai PENGANTIN BARU!!... kita boleh jadi pengantin baru selalu, tak payah buat kenduri selalu, tak payah bayar duit hantaran selalu, sorang ja isteri dan berkali-kali merasai kebahagiaan pengantin baru...TAK MAU??rugi... apatah lagi kalau yang ada rezeki lebih beristeri 2,3,4...lagi-lagilah...tinggal isteri pertama, rindu kedua, tinggal kedua rindu ketiga, tinggal ke empat rindu pertama balik...begitulah seterusnya....

Jadi kalau nak pasang lebih sorang buat jadual betul-betul...hari no 1 jangan gatai-gatai nak pi kacau no 3 lagi...tunggu giliran baru isteri tak mengamuk...ni nak pasang banyak-banyak, tapi nak berkepit ngan bini baru ja....itu tidak adil...nak pesan kalau sorang tak leh adil lagi, jangan pasang la 2,3,4 lagi...dah mampu adil dengan sorang baru tambah satu-satu kalau mampu...ni anugerah Allah bagi...

Jom PATAH BALIK...
kalau kita berjauhan baru kita nampak semua keindahan, keistimewaan, kejelitaan isteri...baru kita terasa tak boleh kehilangan isteri...kadang-kadang bila selalu dekat kita jadi buta...sifat manusia ni biasanya apa yang ada sering DILUPAKAN dan apa yang tiada sering DI IDAMKAN....

AMbik IktIBAR....Kalau kita renung alam (guru yang paling hebat buat insan yang mahu berfikir)... Kadang-kadang bila panas terik berpanjangan kita merintih inginkan hujan... kadang-kadang bila hujan berpanjangan kita merintih kerana inginkan mentari panas....Perumpamaan yang saya sering gunakan juga ialah kita selalu minta Allah bagi RAMA-RAMA sebab rama-rama itu indah tapi apa yang kita dapat Allah bagi KEPOMPONG.... kita sedih sebab kepompong tidak cantik, buruk, geli tapi kita selalu lupa hikmah pemberian dan kejadian...AKHIRNYA baru kita sedar rupa-rupanya jika kita sabar dengan ujian Allah, Allah telah beri kita RAMA-RAMA yang indah...(faham dak??) maksudnya bila kempompong dah bertukar jadi rama-rama...dalam ilmu sains ada belajar dah....

 
Kalau kaji ilmu sains pula lagi luas perbahasan kat sini...Apa yang penting, gunakan alam sebagai guru, belajar dengan guru sebagai penunjuk jalan, fikirkan dengan akal untuk membuat pertimbangan, amalkan kebaikan sebagai bekalan...sekian :) wassalam...(sakit jari lak arini nak naip nie...)

 
Hakcipta : Wan Saidin