Hampir semua link dibawah adalah halaman milik penulis. Sebarang masalah bolehlah hubungi terus kepada saya.
HUBUNGI | GAMAT ONLINE | TOUCH ONE | AGAMA | RENT | GOLD JEWELLERY |

Ahad, Mac 16, 2014

Hutang Ohhh Hutang....


Lama betul tak menulis dalam blog ni...bertahun mungkin juga.. jadi kali ni terpanggil untuk tulis semula dengan azam yang baru iaitu "PETUA JADI KAYA@BEBAS HUTANG".. kadang-kadang rasa macam tak layak untuk tulis sebab penulis ini sendiri mempunyai hutang keliling pinggang....tapi ni cuma kesimpulan ringkas sahaja sebab untuk menulis mungkin sebuah novel jadinya...hehe :)

Alhamdulillah, timbul keinsafan dan kesedaran sebelum usia tua...2 buah buku karya Azizi Ali seorang pilot dan karya Irfan Khairi... 2 anak muda ni banyak timbulkan kesedaran untuk berubah walau rasa dah sangat terlambat untuk berubah kerana perbelanjaan dengan hutang yang keliling pinggang sekarang dah melebihi 100% pendapatan!!! dengar sahaja sangat menggerunkan, mana taknya dapat sebulan dalam RM2000 tapi setiap bulan perlu ada sekurang-kurangnya RM4000 untuk tampung perbelanjaan harian dan jelaskan hutang bulanan... NGERI sangat bila fikirkan....

Jangan jadi macam Mat Jenin, fikir panjang tanpa usaha...kita boleh ambil positifnya iaitu banyakkan fikir untuk kaya dan tambahkan usaha kita kearah itu...antaranya, usahakan untuk kurangkan hutang kita.. peringkat awal, lagi kurang hutang kita, maka kita menuju semakin kaya...

ok...saya cuma nak jelaskan disini beberapa kesimpulan atau langkah yang perlu kita lakukan untuk jadi kaya atau bebas dari BELENGGU HUTANG...

1. Nikamati apa yang ada - kenakan pakaian sesuai dengan diri kita, gunakan perbelanjaan untuk keperluan kita dan cuba semampu mungkin untuk elakkan diri dari tunaikan kehendak kita terutama yang diluar batas kemampuan kita, lebih nahas lagi sehingga kita perlu berhutang.

2. Simpan sekurang-kurangnya 10-20% dari pendapatan kita ke akaun yang kita perlu anggap tidak wujud (walau hakikatnya wujud) kerana ini bagi mengelakkan kita kelabu mata (memang sifat kita tak boleh tengok duit banyak sikit). Seeloknya simpanlah di akaun simpanan yang selamat dan mendatangkan hasil pelaburan.contohnya di tabung haji. apa yang paling penting, jangan labur di pelaburan yang memberi risiko pada pokoknya...

3. Usah beli aksesori kereta yang mahal-mahal atau kehendak yang mahal kerana biasanya ia akan menjadi aset yang lapuk, maksudnya nilainya akan semakin susut.

4. Jika ingin memiliki kad kredit, kalau boleh jangan lebih dari satu dan jika ada lebih, gunakan dengan bijak...sebaiknya hanya guna untuk kecemasan.

5. Ini mungkin berbeza pandangan dengan orang lain, bagi saya belilah barangan yang bermutu walau agak mahal dari barangan lain yang murah dan tidak bermutu...ini bagi mengelakkan rosak dan belian berulang.. tapi tak semua barangan yang ada "BRAND" itu bermutu, kadang-kadang barangan yang murah juga bermutu...buatlah pilihan yang bijak.

6. SHOPPING hanya yang telah kita senaraikan untuk beli sahaja.. bawa duit jangan lebih, kalau lebih pun jangan banyak untuk kecemasan. elakkan beli barangan yang tidak tersenarai dalam list barangan yang kita nak beli. jika terdesak sangat baru beli, mungkin kita terlepas pandang semasa kita menulis list.

7. Amalan PERBANKAN INTERNET juga banyak bantu jimatkan wang, masa dan tenaga... bayar bil-bil utiliti terutamnya dirumah. yang pasti petrol dan masa beratur sudah banyak dapat dijimatkan. (SELAIN ITU SHOPPING INTERNET KENA BIJAK KAWAL) sebab cash tiada ditangan rasa mudah ja kita membeli sebab xrasa berat nak keluarkan duit...

8. Elakkan penyakit "Parkinson Law" iaitu lagi banyak kita dapat wang, lagi banyak kita belanjakan... ini penyakit yang terkena hampir semua masyarakat hari ini....

9. Yang ni rasanya seorang dalam 1000 orang yang akan buat, Buat catatan perbelanjaan dan pendapatan harian kita..tulis sahaja apa pun yang kita belanjakan walaupun sekecil nilai RM0.20. Jadi setiap hari kita boleh lihat perkembangan ekonomi rumah tangga kita... saya sendiri bermula 1 jan 2014, dah ada negatif income... kaedah buat anda akan dapat sendiri bila dah buat...walau negatif saya masih mampu survive hidup sebab saya pun silap juga...saya bermula 1 jan dengan RM0.00... sepatutnya saya kena collect semua cash yang ada dalam semua bank dan tabung... :) insyaAllah mula semula nnt tahun 2015... anda pun masih boleh mula..belum terlmbat..

10. DERMA atau SEDEKAH jangan sesekali dilupakan, kalau boleh yang ni jer jangan update dalam perbelanjaan harian sebab takut kita hitung dipenghujung hari, dan menyebabkan kita jadi kurang ikhlas.. lagi banyak derma lagi berkat duit ringgit kita, insyaAllah sebab Allah dah janji akan digandakan setiap pemberian kita yang ikhlas, xdapat didunia, akhirat pasti kita dapat.. kuncinya IKHLAS...



takat ini, saya dh update jd 10 cara disini..banyak lagi kaedah untuk kita..InsyaAllah, ada lagi masa terluang nanti saya update entri ni untuk tambahan....rajin taip takat ni ja.. :0) hehe jumpa lagi...

Rabu, Januari 16, 2013

Sunnah Berbekam Dalam Kitab Tibb An-Nabawi

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.” (HR Bukhari)

Madu menjadi dasar obat-obatan, terutama obat yang berasal dari tumbuhan (Herba) yang alamiah dan tidak mengandung Kimia sintetis. Bekam, menjadi dasar kepada Pembedahan, dan Api menjadi dasar kepada perobatan Laser.


Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :
إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya kaedah pengubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

Dalam Hadits lain riwayat Tirmidzi menerangkan : “Bahwa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Isra' Mi’raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit”. Pesan tersebut berulang-ulang sehingga Baginda takut hal tersebut menjadi Fardhu atas umatnya.

Rasulullah memuji orang yang berbekam : “Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh, serta menajamkan penglihatan”. Allah mengkhususkan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadlan untuk mencuci ‘Rohani’ dengan berpuasa, jadi wajarlah kita mensucikan ‘Jasmani’ dengan ‘Berbekam’. Berbekam sebelum berpuasa akan lebih baik manfaatnya.

Dari Annas bin Malik r.a katanya : “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW, maka beliau suruh berikan kepadanya segantang kurma”.
Dari Ibnu Abbas r.a katanya : “Nabi SAW berbekam dan diberinya orang yang membekam itu (Upah/red.). Jika pemberian itu ‘Haram’, Baginda S.A.W tidak akan memberinya”.

BerBekam, Sunnah Rasul yang semakin ditinggalkan sejak sekian lama, namun kajian saintis moden mutakhir ini telah kembali mengakui kehebatan atau kemujaraban rawatan bekam ini hingga kembali terkenal sebagai rawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit(dengan izin Allah).  Bekam adalah satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit. Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.




Gambar menunjukkan antara titik bekam yang ada pada tubuh kita yang masing-masing punya khasiat dan manfaatnya tersendiri. InsyaAllah.




Gambar dibawah sebagai contoh bekam yang telah dilakukan.

Bahu, leher dan kepala antara titik sunnah Rasulullah s.a.w

antara 10 titik asas berbekam yang disarankan bagi mereka yang belum pernah berbekam dan bagi yang nak menjadikan amalan. Titik-titik lain bergantung pada penyakit.
Antara tanda berlakunya penyembuhan dalam badan dengan keluarkan buih buih angin, darah beku, wap panas dan darah yang kekuningan (asid urik) yang akan sebabkan pelbagai penyakit antaranya seperti gout. 

10 Titik seperti gambar rajah adalah titik sunnah yang Nabi kita Muhammad s.a.w sering lakukan dan jadikan amalan.
Menurut Ibnu Sina dalam kitabnya, bahwa saat yang baik untuk berbekam ialah pukul 2-3 petang, karena darah saat itu sedang mengembang dan darah-darah toksid senang dikeluarkan. Sebelumnya boleh dilakukan ½ jam diwapkan, rehat 15 menit, kemudian baru berbekam.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda : “Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19, 21 bulan Hijriah, maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala penyakit”.

Segerakan pertolongan kepada pesakit yang memerlukan perawatan, berilah sentuhan-sentuhan ‘Ilahiah’ serta memohon kepada Allah. Sebagaimana memakan obat, berbekam juga adalah salah satu kaedah perawatan yang hanya Allahlah sebagai ‘Penyembuh’.

Karena Berbekam merupakan sunnah Rasulullah SAW, maka ia mempunyai hikmah yang luar biasa dari segi keberkesanannya.

SIAPA YANG TIDAK BOLEH BERBEKAM
1. Peasakit yang sakit parah dan tidak ada daya/tanpa upaya
2. Pada kulit-kulit yang berkudis dan berpenyakit
3. Pada perut orang yang baru habis makan berat
4. Pada perut ibu yang sedang mengandung
5. Pada setiap lubang : hidung, telinga, puser, dubur dll.
6. Pesakit Diabetes yang sudah parah
7. Pesakit AIDS atau HIV
8. Anak-anak penderita dehidrasi (kekurangan cairan) (tak boleh bekam basah)
9. Penderita penyakit kanser darah.
10.Penderita yang sering mengalami keguguran kandungan
11.Penderita Hepatitis A dan B apabila sedang dalam kondisi parah atau pengidap penyakit kuning karena hepatitis
12.Pesakit yang melakukan cuci darah
13.Penderita kedinginan, sementara suhu badannya sangat tinggi atau penderita flu dan semisalnya, kecuali setelah ia tidak lagi merasa kedinginan
14.Wanita hamil pada 3 bulan pertama
15.Terhadap orang yang terkena sihir, guna-guna, dan sebagainya, kecuali jurubekam yang telah mampu menghadapi kes seperti ini.
16.Pesakit yang masih mengamalkan ubat pelancar darah, kecuali dibekam dengan sangat hati-hati. Sama juga dengan orang yang kelelahan atau penat, sehingga ia beristirahat
17. Punya penyakit jantung, tidak boleh dilakukan terhadap pesakit yang menggunakan peralatan bantu untuk mengatur detak jantung.

Mengapa kita sebagai Muslim tidak menjadikan,
“Perawatan Bekam” sebagai pilihan,
sehingga mendapatkan Rahmat dan Barokah dari Allah,
sebagai Dzat yang menyembuhkan segala jenis penyakit …?

Kos Rawatan Bekam Terkini :
RM 8.00 / Cup @ 1 Point
Minimum 5 Cup
Titik Sunnah 10 point
Waktu Bekam : Call / Sms untuk temujanji.

Ahad, Februari 19, 2012

Lambakan Makanan Haram di Pasaran


Salam semua,,
Kod lemak babi ini adalah benar dan telah di sahkan oleh pihak JAKIM

Tolong jangan main beli ja barangan di pasaran sekarang terutama makanan segera macam apollo, cadbury dan lain-lain.. print code ni simpan dlm wallet atau henset. refer bila nak beli apa-apa dipasaran. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. Kalau takdak gak kod ni kita serah je pada Allah dengan harapan Allah ampunkan dosa kita seandainya tidak kita ketahui selepas kita cuba mencari yang halal dan terbaik...wallahu a'lam

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

Haram :
01.E120   02.E140   03.E141   04.E160a   05.E161b   06.E161g   07.E252   08.E430   09.E431
10.E441   11.E542   12.E634   13.E635   14.E904   15.E920   16.E921   17.E1105

Syubhat :
01.E101   02.E101a   03.E106   04.E111   05.E121   06.E125   07.E126   08.E130   09.E152
10.E153   11.E161a   12.E406   13.E440   14.E312   15.E316   16.E318   17.E339   18.E340
19.E341   20.E422   21.E432   22.E433   23.E434   24.E435   25.E436   26.E445   27.E451
28.E452   29.E470   30.E570   31.E572   32.E621   33.E622   34.E623   35.E624   36.E625
37.E631   38.E640   39.E1518

Bergantung (jika sumber haiwan = HARAM, jika dari tumbuhan = HALAL)
01.E322   02.E325   03.E326   04.E327   05.E329   06.E442   07.E470a   08.E470b   09.E471
10.E472a   11.E472b   12.E472c   13.E472d   14.E472e   15.E472f   16.E473   17.E474   18.E475
19.E477   20.E478   21.E479b   22.E481   23.E482   24.E483   25.E491   26.E492   27.E493
28.E494   29.E495   30.E495   31.E570   32.E571   33.E572   34.E910

Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...memang patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... kat keropok rota pun ada, macam lagi yang teman semua boleh rujuk sendiri...

Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ...sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan seperti ni yg jadi darah daging........maksud hadis ada sebut "setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah lebih utama baginya"nauzubillah.. mungkin maksud tersirat hadis ni menggambarkan akhlak yang keji akibat makanan haram ni yang membawa seseorang ke arah melakukan maksiat kepada Allah...

Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?
Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan....... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...
Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...

Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...
Sekarang dengar khabar JAKIM akan keluarkan akta halal, mudah-mudahan Allah berikan keuatan kepada jemaah Islam bagi merealisasikan harapan agar lambakan makanan haram dipasaran dapat dihapuskan. Walaupun JAKIM punya kuasa mengeluarkan dan memantau sijil halal sebelum ini, namun tiada akta khusus sebelum ini menyukarkan pihak JAKIM mengambil tindakan.

Khamis, Ogos 11, 2011

Dilema Kehidupan...

Hati kalau terlalu di ikutkan, tak mungkin kita akan temui kemanisan kehidupan. Bayangkan semua benda kita nak, kita teringin... Berjela-jela angan-angan sampai kadang-kadang sampai kepada perkara mustahil. itulah salah satu fitrah kita manusia yang serba lemah dan kekurangan, sentiasa berhajatkan sesuatu untuk memenuhi kehendak kita yang tak pernah cukup dan puas. Allah yang Maha Sempurna tidak pernah perlu semua itu kerana Dia Maha Kaya..hatta jika kita beriman atau tidak, semua itu tidak mungkin mengurang atau menambah kesempurnaan yang ada pada diri-Nya kerana Dia telah Maha Sempurna..

Berkembangnya teknologi sekarang ini, maka berkembang jugalah angan-angan dalam benak fikiran kita. Ramai berusaha memperoleh harta sebanyak mungkin bagi memenuhi kehendak diri yang tak pernah puas dan cukup. Dulu kerja, gaji baru RM450.00 tapi sudah cukup untuk menyara diri dan keluarga. sekarang kerja maju sikit, gaji RM1200 sebulan. Kehendak juga bertambah dan angan-angan semakin besar, gaji mula tak cukup... terpaksa pula berhutang..pinjam bank, pinjam kawan, pinjam duit bos... asalkan ada ja sumber boleh pinjam, semua dipinjamnya semaksimun mungkin semata-mata bukan untuk hidup tetapi mencari kemewahan yang bersifat sementara. Bila pegang not RM10,000.00. semua nak dibelinya. lagak macam hartawan yang bebas belanjakan duitnya atau bagai orang yang baru menang loteri... Mabuk dengan kemewahan sampai lupa untuk disiapkan untuk masa depan...Habis semua baru mula gelabah, mana taknya, Gaji Rm1200, hutang pinjaman dah RM800 sebulan. Belanja makan pakai anak isteri berbaki RM400 sahaja sebulan. Sebelum ni RM1200 itulah belanja harian keluarga.

Bayangkan 2/3 dari keperluan keluarga telah hilang. Masa tu menyesal memang dah pasti, hutang pula dengan bank, dengan duit bunganya (riba asal namanya), aktiviti harian keluarga pula makin terhad dek kurangnya sumber kewangan keluarga.. Masa ni mulalah bibik-bibik yang boleh meruntuhkan sesebuah institusi keluarga. mana taknya, pening terlalu memikirkan cara mendapatkan sumber pendapatan tambahan untuk kembali kepada kehidupan lama yang lebih sempurna tanpa beban hutang, fikirkan cara melangsaikan hutang, masalah keluarga, belanja sekolah anak-anak, sakit demam ahli keluarga,tekanan kehidupan yang akhirnya telah banyak memporak perandakan, dan meruntuhkan sesebuah keluarga. Bahkan ada yang telah jadi gila kerana beban dan tekanan mental yang perlu dihadapi. semuanya adalah berpunca dari ketamakan dan terlalu cintakan kemewahan kehidupan sampai lupa tujuan asal kita diciptakan. Tak kurang juga, banyak diantara kita diistiharkan bankrap dek lambakan hutang yang terlalu banyak sekaligus menggelapkan masa depan diri, anak isteri dan keluarga. lakukan yang terbaik hari ini untuk kebaikan berterusan masa akan datang, InysaAllah... Kegagalan kita merancang hari semalam perlu dijadikan guru terbaik buat diri kita. Kegagalan atau kejayaan masa depan kita yang perlu tentukan pada hari ini lagi. Carilah kehidupan dunia sekadarnya, buangkan sifat tamak haloba, bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang, cuba lakukan yang terbaik, sudahi segala usaha dengan tawakal dan redho, insyaAllah, jika kita mampu bersabar, Allah akan beri jalan keluar terbaik untuk diri kita.Ameen...

Khamis, Mei 05, 2011

Bila Beruk Jadi Hakim / Pemimpin

Suatu Hari kelihatan seekor Tupai dan Tikus bergaduh kerana berebut hak mendapatkan sebiji pisang yang mereka temui bersama. Akhirnya mereka bersetuju untuk berkongsi, tetapi masalah timbul apabila tiba masa untuk membahagikan pisang itu....

Pergaduhan mereka itu didengari seekor beruk yang kebetulan berada dipohon berhampiran. "Biar Aku Jadi Hakim", kata beruk menawarkan diri.. Tikus dan Tupai pun bersetuju. Mula- mula beruk menggigit pisang tersebut untuk membahagikannya kepada dua bahagian. Dengan sengaja beruk tapi melebih satu bahagian dari satu bahagian yang lain. Bahagian lebih diserahkan kepada tikus, bahagian yang kurang diberikan kepada Tupai..

Melihat tikus dapat bahagian yang lebih, tupai tidak berpuas hati dan membentak, "Ini Tidak Adil. Mengapa aku mendapat bahagian yang pendik dan tikus mendapat bahagian yang panjang?"


"Oh Mudah saja, mari aku samakan," kata beruk sambilmengambil bahagian pisang yang panjang pada tikus lalu dimakannya. Dia sengaja memakan pisang tersebut supaya bahagian tikus tersebut menjadi lebih pendek dari pisang yang dimiliki tupai.

Melihat pisangnya lebih pendek, si Tikus pula membantah, "Kenapa bahagian aku pula lebih pendek dari tupai?" Beruk dengan taktiknya yang sama yakni terkurang dari bahagian yang lain sambil berkata,"Oh, itu senang saja, mari aku makan sikit bahagian si Tupai supaya kelihatan adil".

Begitulah berulang-ulang dilakukan oleh beruk sehingga pisang itu habis dimakan olehnya dan dia pun segera melompat ke atas pokok. Pada ketika itu barulah tupai dan Tikus sedar yang mereka sebenarnya telah tertipu...!!

PENGAJARAN :
Kita sebenarnya tidak memerlukan pihak ketiga yang berkepentingan untuk menjadi hakim dalam sebarang suasana dan keadaan. Adalah mustahil untuk mengharap mereka berlaku adil dalam membuat pertimbangan dan keputusan. Jauhilah daripada "tipu daya" mereka demi ketenangan dan keamanan dalam diri dan masyarakat.

Fikirkan berapa ramai berperangai BERUK dalam negara kita yang selalu masuk TV hehe :)

Selasa, Mei 03, 2011

PAHIT yang PERLU d TELAN

Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah...
Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia marah...
Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang...

Perpisahan sekali sekala perlu untuk menyuburkan kecintaan.. perpisahan (bukan bercerai) sementara mengundang rasa rindu tetapi AWAS!!! Jangan terlalu lama...ini bakal mengundang FITNAH dan mengikis KESETIAAN....

Kalau sayang anak ditangan-tangankan....ajar sebaik mungkin walau kekadang terpaksa memukul mereka...Pukullah dengan niat mengajar, jangan sesekali bersama pukulan terdorong rasa marah...ikhlaskan hati mengajar untuk menjadikan mereka terbaik yang boleh....

Begitu juga isteri, jangan asyik berkepit sahaja...ini boleh mengundang rasa jemu...kalau sayang isteri perlu ditinggal-tinggalkan...Sejarah Islam turut membuktikan, isteri selalu ditinggalkan dek perjuangan menentang thagut, keluar berdakwah, berhijrah, berperang...pulang dengan kemenangan diiringi kerinduan bersangatan bertemu isteri dan anak-anak...Jarang sekali kita mendengar kisah perceraian berlaku dikalangan ilmuan...

Mungkin bagi jiwa kita yang lemah, perpisahan dengan pasangan tercinta sesuatu yang memedihkan tetapi ia adalah ubat mujarab dalam menyuburkan rasa cinta...TAK PERCAYA?? cuba kita lakukan....tapi jangan berpisah kerana tujuan maksiat pula yer, takut bukan rindu yang diundang, silap hari bulan TAK NAK PULANG la pula...hehe

Kalau sahabat-sahabat dahulu, bila bermusafir maka berpisahlah mereka secara TOTAL sebab masa tu tiada alat komunikasi. Kadang-kadang langsung tiada khabar berita....Kita masih ada ruang ber-SMS, ber-FACEBOOK, berchatting, 3G dan sebagainya bagi mengurangkan kerinduan...manfaatkanlah...cuma berpisahlah seketika demi rumah tangga yang bahagia.. Bila dah berjumpa semula nanti faham-faham la sendiri bertapa bahagianya...bagai PENGANTIN BARU!!... kita boleh jadi pengantin baru selalu, tak payah buat kenduri selalu, tak payah bayar duit hantaran selalu, sorang ja isteri dan berkali-kali merasai kebahagiaan pengantin baru...TAK MAU??rugi... apatah lagi kalau yang ada rezeki lebih beristeri 2,3,4...lagi-lagilah...tinggal isteri pertama, rindu kedua, tinggal kedua rindu ketiga, tinggal ke empat rindu pertama balik...begitulah seterusnya....

Jadi kalau nak pasang lebih sorang buat jadual betul-betul...hari no 1 jangan gatai-gatai nak pi kacau no 3 lagi...tunggu giliran baru isteri tak mengamuk...ni nak pasang banyak-banyak, tapi nak berkepit ngan bini baru ja....itu tidak adil...nak pesan kalau sorang tak leh adil lagi, jangan pasang la 2,3,4 lagi...dah mampu adil dengan sorang baru tambah satu-satu kalau mampu...ni anugerah Allah bagi...

Jom PATAH BALIK...
kalau kita berjauhan baru kita nampak semua keindahan, keistimewaan, kejelitaan isteri...baru kita terasa tak boleh kehilangan isteri...kadang-kadang bila selalu dekat kita jadi buta...sifat manusia ni biasanya apa yang ada sering DILUPAKAN dan apa yang tiada sering DI IDAMKAN....

AMbik IktIBAR....Kalau kita renung alam (guru yang paling hebat buat insan yang mahu berfikir)... Kadang-kadang bila panas terik berpanjangan kita merintih inginkan hujan... kadang-kadang bila hujan berpanjangan kita merintih kerana inginkan mentari panas....Perumpamaan yang saya sering gunakan juga ialah kita selalu minta Allah bagi RAMA-RAMA sebab rama-rama itu indah tapi apa yang kita dapat Allah bagi KEPOMPONG.... kita sedih sebab kepompong tidak cantik, buruk, geli tapi kita selalu lupa hikmah pemberian dan kejadian...AKHIRNYA baru kita sedar rupa-rupanya jika kita sabar dengan ujian Allah, Allah telah beri kita RAMA-RAMA yang indah...(faham dak??) maksudnya bila kempompong dah bertukar jadi rama-rama...dalam ilmu sains ada belajar dah....

 
Kalau kaji ilmu sains pula lagi luas perbahasan kat sini...Apa yang penting, gunakan alam sebagai guru, belajar dengan guru sebagai penunjuk jalan, fikirkan dengan akal untuk membuat pertimbangan, amalkan kebaikan sebagai bekalan...sekian :) wassalam...(sakit jari lak arini nak naip nie...)

Rabu, Disember 22, 2010

Apa Dah Jadi Dunia Anaconda??!!

Di era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus mencari selera yang pelbagai. Baru-baru ini kita telah digemparkan oleh akhbar Metro dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.
Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat tenaga seks.


Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).

Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada di zaman tersebut.

Semua perkara yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang buruk dan lemah itu datangnya dari kesilapan kita sendiri sebagai umat manusia. Bersamalah kita berusaha memperbaiki amalan kita setiap hari, semoga menjadi insan yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.

 
Hakcipta : Wan Saidin