Hampir semua link dibawah adalah halaman milik penulis. Sebarang masalah bolehlah hubungi terus kepada saya.
HUBUNGI | AGAMA | GAMAT ONLINE | LANGKAWI TOUR| IKLAN1-KOSONG | IKLAN2-KOSONG |

Khamis, Mei 05, 2011

Bila Beruk Jadi Hakim / Pemimpin

Suatu Hari kelihatan seekor Tupai dan Tikus bergaduh kerana berebut hak mendapatkan sebiji pisang yang mereka temui bersama. Akhirnya mereka bersetuju untuk berkongsi, tetapi masalah timbul apabila tiba masa untuk membahagikan pisang itu....

Pergaduhan mereka itu didengari seekor beruk yang kebetulan berada dipohon berhampiran. "Biar Aku Jadi Hakim", kata beruk menawarkan diri.. Tikus dan Tupai pun bersetuju. Mula- mula beruk menggigit pisang tersebut untuk membahagikannya kepada dua bahagian. Dengan sengaja beruk tapi melebih satu bahagian dari satu bahagian yang lain. Bahagian lebih diserahkan kepada tikus, bahagian yang kurang diberikan kepada Tupai..

Melihat tikus dapat bahagian yang lebih, tupai tidak berpuas hati dan membentak, "Ini Tidak Adil. Mengapa aku mendapat bahagian yang pendik dan tikus mendapat bahagian yang panjang?"


"Oh Mudah saja, mari aku samakan," kata beruk sambilmengambil bahagian pisang yang panjang pada tikus lalu dimakannya. Dia sengaja memakan pisang tersebut supaya bahagian tikus tersebut menjadi lebih pendek dari pisang yang dimiliki tupai.

Melihat pisangnya lebih pendek, si Tikus pula membantah, "Kenapa bahagian aku pula lebih pendek dari tupai?" Beruk dengan taktiknya yang sama yakni terkurang dari bahagian yang lain sambil berkata,"Oh, itu senang saja, mari aku makan sikit bahagian si Tupai supaya kelihatan adil".

Begitulah berulang-ulang dilakukan oleh beruk sehingga pisang itu habis dimakan olehnya dan dia pun segera melompat ke atas pokok. Pada ketika itu barulah tupai dan Tikus sedar yang mereka sebenarnya telah tertipu...!!

PENGAJARAN :
Kita sebenarnya tidak memerlukan pihak ketiga yang berkepentingan untuk menjadi hakim dalam sebarang suasana dan keadaan. Adalah mustahil untuk mengharap mereka berlaku adil dalam membuat pertimbangan dan keputusan. Jauhilah daripada "tipu daya" mereka demi ketenangan dan keamanan dalam diri dan masyarakat.

Fikirkan berapa ramai berperangai BERUK dalam negara kita yang selalu masuk TV hehe :)

Selasa, Mei 03, 2011

PAHIT yang PERLU d TELAN

Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah...
Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia marah...
Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang...

Perpisahan sekali sekala perlu untuk menyuburkan kecintaan.. perpisahan (bukan bercerai) sementara mengundang rasa rindu tetapi AWAS!!! Jangan terlalu lama...ini bakal mengundang FITNAH dan mengikis KESETIAAN....

Kalau sayang anak ditangan-tangankan....ajar sebaik mungkin walau kekadang terpaksa memukul mereka...Pukullah dengan niat mengajar, jangan sesekali bersama pukulan terdorong rasa marah...ikhlaskan hati mengajar untuk menjadikan mereka terbaik yang boleh....

Begitu juga isteri, jangan asyik berkepit sahaja...ini boleh mengundang rasa jemu...kalau sayang isteri perlu ditinggal-tinggalkan...Sejarah Islam turut membuktikan, isteri selalu ditinggalkan dek perjuangan menentang thagut, keluar berdakwah, berhijrah, berperang...pulang dengan kemenangan diiringi kerinduan bersangatan bertemu isteri dan anak-anak...Jarang sekali kita mendengar kisah perceraian berlaku dikalangan ilmuan...

Mungkin bagi jiwa kita yang lemah, perpisahan dengan pasangan tercinta sesuatu yang memedihkan tetapi ia adalah ubat mujarab dalam menyuburkan rasa cinta...TAK PERCAYA?? cuba kita lakukan....tapi jangan berpisah kerana tujuan maksiat pula yer, takut bukan rindu yang diundang, silap hari bulan TAK NAK PULANG la pula...hehe

Kalau sahabat-sahabat dahulu, bila bermusafir maka berpisahlah mereka secara TOTAL sebab masa tu tiada alat komunikasi. Kadang-kadang langsung tiada khabar berita....Kita masih ada ruang ber-SMS, ber-FACEBOOK, berchatting, 3G dan sebagainya bagi mengurangkan kerinduan...manfaatkanlah...cuma berpisahlah seketika demi rumah tangga yang bahagia.. Bila dah berjumpa semula nanti faham-faham la sendiri bertapa bahagianya...bagai PENGANTIN BARU!!... kita boleh jadi pengantin baru selalu, tak payah buat kenduri selalu, tak payah bayar duit hantaran selalu, sorang ja isteri dan berkali-kali merasai kebahagiaan pengantin baru...TAK MAU??rugi... apatah lagi kalau yang ada rezeki lebih beristeri 2,3,4...lagi-lagilah...tinggal isteri pertama, rindu kedua, tinggal kedua rindu ketiga, tinggal ke empat rindu pertama balik...begitulah seterusnya....

Jadi kalau nak pasang lebih sorang buat jadual betul-betul...hari no 1 jangan gatai-gatai nak pi kacau no 3 lagi...tunggu giliran baru isteri tak mengamuk...ni nak pasang banyak-banyak, tapi nak berkepit ngan bini baru ja....itu tidak adil...nak pesan kalau sorang tak leh adil lagi, jangan pasang la 2,3,4 lagi...dah mampu adil dengan sorang baru tambah satu-satu kalau mampu...ni anugerah Allah bagi...

Jom PATAH BALIK...
kalau kita berjauhan baru kita nampak semua keindahan, keistimewaan, kejelitaan isteri...baru kita terasa tak boleh kehilangan isteri...kadang-kadang bila selalu dekat kita jadi buta...sifat manusia ni biasanya apa yang ada sering DILUPAKAN dan apa yang tiada sering DI IDAMKAN....

AMbik IktIBAR....Kalau kita renung alam (guru yang paling hebat buat insan yang mahu berfikir)... Kadang-kadang bila panas terik berpanjangan kita merintih inginkan hujan... kadang-kadang bila hujan berpanjangan kita merintih kerana inginkan mentari panas....Perumpamaan yang saya sering gunakan juga ialah kita selalu minta Allah bagi RAMA-RAMA sebab rama-rama itu indah tapi apa yang kita dapat Allah bagi KEPOMPONG.... kita sedih sebab kepompong tidak cantik, buruk, geli tapi kita selalu lupa hikmah pemberian dan kejadian...AKHIRNYA baru kita sedar rupa-rupanya jika kita sabar dengan ujian Allah, Allah telah beri kita RAMA-RAMA yang indah...(faham dak??) maksudnya bila kempompong dah bertukar jadi rama-rama...dalam ilmu sains ada belajar dah....

 
Kalau kaji ilmu sains pula lagi luas perbahasan kat sini...Apa yang penting, gunakan alam sebagai guru, belajar dengan guru sebagai penunjuk jalan, fikirkan dengan akal untuk membuat pertimbangan, amalkan kebaikan sebagai bekalan...sekian :) wassalam...(sakit jari lak arini nak naip nie...)

 
Hakcipta : Wan Saidin