Hampir semua link dibawah adalah halaman milik penulis. Sebarang masalah bolehlah hubungi terus kepada saya.
HUBUNGI | AGAMA | GAMAT ONLINE | LANGKAWI TOUR| IKLAN1-KOSONG | IKLAN2-KOSONG |

Selasa, Mei 25, 2010

Sinar Hidupku...

NURUL AIN SYIFA
18 MEI 2010 jam 3.29 petang jadi tarikh yang amat bermakna dalam hidupku, saat waktu melihat sendiri bagaimana seorang anak dilahirkan dengan susah payahnya, melihat bagaimana helai rambut pertamanya keluar ke bumi dan kesengsaraan yang terpaksa ditempuh oleh semua ibu dalam perjuangan melahirkan seorang lagi hamba Allah dimuka bumi ini. Dengan penuh pengharapan, setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka tetapi kadang-kadang ramai yang tersalah pimpin hingga berlakunya kepelbagaian gejala dalam dunia hari ini... Lahirnya NURUL AIN SYIFA dengan harapan yang sangat tinggi dicelah sakitnya ummat mudah-mudahan ia dapat menjadi PENAWAR bagi penyakit hari ini dan CAHAYA MATA kepada setiap insan yang menatapinya.Ameen...



Doakan ia menjadi anak yang solehah. Semasa di alam Rahim ibu, anak berada dalam kegelapan yang 3 (fi zulumatis salas) iaitu kegelapan alam Rahim, kegelapan ketika malam, kegelapan dari dunia luar... Kini telah ia telah berpindah ke alam seterusnya iaitu alam dunia...iaitu alam yang sama dengan kita sekarang... berdoalah mudah-mudahan kita sentiasa bersiap sedia untuk alam seterusnya iaitu alam kubur@ alam barzakh, alam yang tiada lagi gunanya segala amalan kecuali 3 perkara : 1. Sedekah jariah 2. Ilmu yang memberi manfaat dan yang ke-3 iaitu doa dari anak yang soleh dan solehah... Ameen....

Yes Ummi....Yes Ayah!!! Syifa mengikut arahan!! :)

 
Hakcipta : Wan Saidin