Hampir semua link dibawah adalah halaman milik penulis. Sebarang masalah bolehlah hubungi terus kepada saya.
HUBUNGI | AGAMA | GAMAT ONLINE | LANGKAWI TOUR| IKLAN1-KOSONG | IKLAN2-KOSONG |

Jumaat, Oktober 09, 2009

Jihad disebalik tembok berduri...


Disebalik dinding hitam beratapkan dawai duri beracun, terdapat 1001 kisah yang tidak mungkin dapat digambarkan oleh insan biasa sepertiku... gambaranku cuma terdapat ratusan, malahan ribuan banduan atau pelaku jenayah yang kuanggap sampah masyarakat dan tidak lebih dari makhluk perosak yang menyemakkan dunia...amat sesuai jika dijadikan makanan buaya dan singa.. Namun masa berbulan yang aku habiskan bersama mereka, telah mengubah pemikiranku...telah mengubah presepsiku terhadap mereka... dari pertemuan demi pertemuan yang aku lakukan, habis kisah kuterokai hingga tempoh berbulan aku berkhidmat disana bagaikan bertahun pengajaran yang ku perolehi...

Disebalik kemungkaran yang telah mereka lakukan, banyak memberi kesedaran dan pengajaran kepadaku tentang punca keruntuhan akhlak yang berlaku pada hari ini.. dari pengamatan dan kajian yang aku lakukan, kudapati hampir 100% tahanan yang dipenjarakan tidak mengamalkan cara hidup seoarang Islam dan apa yang lebih menyedihkan ialah hampir 150 orang dari 250 orang tahanan yang tidak langsung tahu hukum-hukum fardhu ain dan banyak juga antara mereka yang tidak pernah solat. terdapat juga warga emas berusia hampir 60-an yang ditahan masih tidak tahu apa itu Islam..

Inilah sebenar realiti dunia luar.. masih ramai anak muda dan warga tua yang terlalu jahilkan agama berkeliaran dan bertugas sebagai sampah masyarakat.. Saya berani JAMIN kenyataan ini kerana hampir setiap tahanan yang saya temui sangat lemah pemahaman tentang asas agamanya. Bukan saya ego mengatakan saya orang agama, saya akui saya masih sangat lemah, tetapi apa yang saya temui disebalik tembok adalah benar-benar diluar jangkaan saya dan inilah antara 1001 kisah disebalik tembok yang saya katakan pada awal tadi, bagaikan tidak percaya dengan usia yang dah terlalu dewasa bahkan dah lanjut usia bagaikan kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun. wajarlah mereka menjadi penghuni penjara sebagai tanda kasih sayang Allah masih ada pada mereka. Kenapa ini terjadi?? salah siapa??

Dari soal jawab dengan pesalah, saya dapati semuanya berpunca dari jahil didikan agama, terlalu dimanjakan keluarga, kebebasan hidup tanpa batasan, kemewahan hidup yang disalahgunakan, penceraian ibu bapa, dan apa yang paling menyedihkan wan adalah apabila mendengar kisah tahanan yang mengaku ibu bapa selalu membawa pasangan masing-masing berzina dirumah, suami lihat isteri bersama pasangan berkhalwat bukan memarahi isteri bahkan tolong tutup pintu memberi ruang, begitu juga sebaliknya..anak-anak kadang menjadi mangsa sumbang mahram...yaAllah.. apa dah jadi dengan dunia...inilah realitinya... bilakah kejahilan ini akan berakhir?? siapakah yang perlu bangun??

Seruan dakwah bukan untuk para ustaz, bukan untuk nabi dan bukan untuk individu tertentu sahaja, jihad ini adalah fardhu ain untuk kita semua umat Islam.. bersamalah berjuang mengikut kemampuan dan kemahiran masing-masing..pertingkatkanlah jentera dakwah kita, biarlah mati sekalipun, itu lebih bernilai disisi Allah... Lupakan untuk hidup senang didunia yang makin uzur menanti hancur... dengan bencana setiap hari diseluruh dunia, mungkin esok ditempat kita.. Rebutlah peluang yang ada, betulkan kesilapan umat mudah-mudahan mengundang rahmat dan dapat menjauhi kemurkaan Allah... InsyaAllah Allah akan bersama-sama orang beriman.. "Setiap Umat akan Masuk ke Syurga kecuali Orang yang enggan iaitu orang orang yang mengingkari seruan Nabi Muhammad s.a.w"

sama-samalah kita renungkan...

 
Hakcipta : Wan Saidin