Hampir semua link dibawah adalah halaman milik penulis. Sebarang masalah bolehlah hubungi terus kepada saya.
HUBUNGI | GAMAT ONLINE | TOUCH ONE | AGAMA | RENT | GOLD JEWELLERY |

Ahad, Mac 16, 2014

Hutang Ohhh Hutang....


Lama betul tak menulis dalam blog ni...bertahun mungkin juga.. jadi kali ni terpanggil untuk tulis semula dengan azam yang baru iaitu "PETUA JADI KAYA@BEBAS HUTANG".. kadang-kadang rasa macam tak layak untuk tulis sebab penulis ini sendiri mempunyai hutang keliling pinggang....tapi ni cuma kesimpulan ringkas sahaja sebab untuk menulis mungkin sebuah novel jadinya...hehe :)

Alhamdulillah, timbul keinsafan dan kesedaran sebelum usia tua...2 buah buku karya Azizi Ali seorang pilot dan karya Irfan Khairi... 2 anak muda ni banyak timbulkan kesedaran untuk berubah walau rasa dah sangat terlambat untuk berubah kerana perbelanjaan dengan hutang yang keliling pinggang sekarang dah melebihi 100% pendapatan!!! dengar sahaja sangat menggerunkan, mana taknya dapat sebulan dalam RM2000 tapi setiap bulan perlu ada sekurang-kurangnya RM4000 untuk tampung perbelanjaan harian dan jelaskan hutang bulanan... NGERI sangat bila fikirkan....

Jangan jadi macam Mat Jenin, fikir panjang tanpa usaha...kita boleh ambil positifnya iaitu banyakkan fikir untuk kaya dan tambahkan usaha kita kearah itu...antaranya, usahakan untuk kurangkan hutang kita.. peringkat awal, lagi kurang hutang kita, maka kita menuju semakin kaya...

ok...saya cuma nak jelaskan disini beberapa kesimpulan atau langkah yang perlu kita lakukan untuk jadi kaya atau bebas dari BELENGGU HUTANG...

1. Nikamati apa yang ada - kenakan pakaian sesuai dengan diri kita, gunakan perbelanjaan untuk keperluan kita dan cuba semampu mungkin untuk elakkan diri dari tunaikan kehendak kita terutama yang diluar batas kemampuan kita, lebih nahas lagi sehingga kita perlu berhutang.

2. Simpan sekurang-kurangnya 10-20% dari pendapatan kita ke akaun yang kita perlu anggap tidak wujud (walau hakikatnya wujud) kerana ini bagi mengelakkan kita kelabu mata (memang sifat kita tak boleh tengok duit banyak sikit). Seeloknya simpanlah di akaun simpanan yang selamat dan mendatangkan hasil pelaburan.contohnya di tabung haji. apa yang paling penting, jangan labur di pelaburan yang memberi risiko pada pokoknya...

3. Usah beli aksesori kereta yang mahal-mahal atau kehendak yang mahal kerana biasanya ia akan menjadi aset yang lapuk, maksudnya nilainya akan semakin susut.

4. Jika ingin memiliki kad kredit, kalau boleh jangan lebih dari satu dan jika ada lebih, gunakan dengan bijak...sebaiknya hanya guna untuk kecemasan.

5. Ini mungkin berbeza pandangan dengan orang lain, bagi saya belilah barangan yang bermutu walau agak mahal dari barangan lain yang murah dan tidak bermutu...ini bagi mengelakkan rosak dan belian berulang.. tapi tak semua barangan yang ada "BRAND" itu bermutu, kadang-kadang barangan yang murah juga bermutu...buatlah pilihan yang bijak.

6. SHOPPING hanya yang telah kita senaraikan untuk beli sahaja.. bawa duit jangan lebih, kalau lebih pun jangan banyak untuk kecemasan. elakkan beli barangan yang tidak tersenarai dalam list barangan yang kita nak beli. jika terdesak sangat baru beli, mungkin kita terlepas pandang semasa kita menulis list.

7. Amalan PERBANKAN INTERNET juga banyak bantu jimatkan wang, masa dan tenaga... bayar bil-bil utiliti terutamnya dirumah. yang pasti petrol dan masa beratur sudah banyak dapat dijimatkan. (SELAIN ITU SHOPPING INTERNET KENA BIJAK KAWAL) sebab cash tiada ditangan rasa mudah ja kita membeli sebab xrasa berat nak keluarkan duit...

8. Elakkan penyakit "Parkinson Law" iaitu lagi banyak kita dapat wang, lagi banyak kita belanjakan... ini penyakit yang terkena hampir semua masyarakat hari ini....

9. Yang ni rasanya seorang dalam 1000 orang yang akan buat, Buat catatan perbelanjaan dan pendapatan harian kita..tulis sahaja apa pun yang kita belanjakan walaupun sekecil nilai RM0.20. Jadi setiap hari kita boleh lihat perkembangan ekonomi rumah tangga kita... saya sendiri bermula 1 jan 2014, dah ada negatif income... kaedah buat anda akan dapat sendiri bila dah buat...walau negatif saya masih mampu survive hidup sebab saya pun silap juga...saya bermula 1 jan dengan RM0.00... sepatutnya saya kena collect semua cash yang ada dalam semua bank dan tabung... :) insyaAllah mula semula nnt tahun 2015... anda pun masih boleh mula..belum terlmbat..

10. DERMA atau SEDEKAH jangan sesekali dilupakan, kalau boleh yang ni jer jangan update dalam perbelanjaan harian sebab takut kita hitung dipenghujung hari, dan menyebabkan kita jadi kurang ikhlas.. lagi banyak derma lagi berkat duit ringgit kita, insyaAllah sebab Allah dah janji akan digandakan setiap pemberian kita yang ikhlas, xdapat didunia, akhirat pasti kita dapat.. kuncinya IKHLAS...



takat ini, saya dh update jd 10 cara disini..banyak lagi kaedah untuk kita..InsyaAllah, ada lagi masa terluang nanti saya update entri ni untuk tambahan....rajin taip takat ni ja.. :0) hehe jumpa lagi...

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

I cߋuld not refrain from commenting. Veery
well written!

Lookk at my weblog: carcinia cambogia extract pure

 
Hakcipta : Wan Saidin