Hampir semua link dibawah adalah halaman milik penulis. Sebarang masalah bolehlah hubungi terus kepada saya.
HUBUNGI | GAMAT ONLINE | TOUCH ONE | AGAMA | RENT | GOLD JEWELLERY |

Khamis, Ogos 11, 2011

Dilema Kehidupan...

Hati kalau terlalu di ikutkan, tak mungkin kita akan temui kemanisan kehidupan. Bayangkan semua benda kita nak, kita teringin... Berjela-jela angan-angan sampai kadang-kadang sampai kepada perkara mustahil. itulah salah satu fitrah kita manusia yang serba lemah dan kekurangan, sentiasa berhajatkan sesuatu untuk memenuhi kehendak kita yang tak pernah cukup dan puas. Allah yang Maha Sempurna tidak pernah perlu semua itu kerana Dia Maha Kaya..hatta jika kita beriman atau tidak, semua itu tidak mungkin mengurang atau menambah kesempurnaan yang ada pada diri-Nya kerana Dia telah Maha Sempurna..

Berkembangnya teknologi sekarang ini, maka berkembang jugalah angan-angan dalam benak fikiran kita. Ramai berusaha memperoleh harta sebanyak mungkin bagi memenuhi kehendak diri yang tak pernah puas dan cukup. Dulu kerja, gaji baru RM450.00 tapi sudah cukup untuk menyara diri dan keluarga. sekarang kerja maju sikit, gaji RM1200 sebulan. Kehendak juga bertambah dan angan-angan semakin besar, gaji mula tak cukup... terpaksa pula berhutang..pinjam bank, pinjam kawan, pinjam duit bos... asalkan ada ja sumber boleh pinjam, semua dipinjamnya semaksimun mungkin semata-mata bukan untuk hidup tetapi mencari kemewahan yang bersifat sementara. Bila pegang not RM10,000.00. semua nak dibelinya. lagak macam hartawan yang bebas belanjakan duitnya atau bagai orang yang baru menang loteri... Mabuk dengan kemewahan sampai lupa untuk disiapkan untuk masa depan...Habis semua baru mula gelabah, mana taknya, Gaji Rm1200, hutang pinjaman dah RM800 sebulan. Belanja makan pakai anak isteri berbaki RM400 sahaja sebulan. Sebelum ni RM1200 itulah belanja harian keluarga.

Bayangkan 2/3 dari keperluan keluarga telah hilang. Masa tu menyesal memang dah pasti, hutang pula dengan bank, dengan duit bunganya (riba asal namanya), aktiviti harian keluarga pula makin terhad dek kurangnya sumber kewangan keluarga.. Masa ni mulalah bibik-bibik yang boleh meruntuhkan sesebuah institusi keluarga. mana taknya, pening terlalu memikirkan cara mendapatkan sumber pendapatan tambahan untuk kembali kepada kehidupan lama yang lebih sempurna tanpa beban hutang, fikirkan cara melangsaikan hutang, masalah keluarga, belanja sekolah anak-anak, sakit demam ahli keluarga,tekanan kehidupan yang akhirnya telah banyak memporak perandakan, dan meruntuhkan sesebuah keluarga. Bahkan ada yang telah jadi gila kerana beban dan tekanan mental yang perlu dihadapi. semuanya adalah berpunca dari ketamakan dan terlalu cintakan kemewahan kehidupan sampai lupa tujuan asal kita diciptakan. Tak kurang juga, banyak diantara kita diistiharkan bankrap dek lambakan hutang yang terlalu banyak sekaligus menggelapkan masa depan diri, anak isteri dan keluarga. lakukan yang terbaik hari ini untuk kebaikan berterusan masa akan datang, InysaAllah... Kegagalan kita merancang hari semalam perlu dijadikan guru terbaik buat diri kita. Kegagalan atau kejayaan masa depan kita yang perlu tentukan pada hari ini lagi. Carilah kehidupan dunia sekadarnya, buangkan sifat tamak haloba, bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang, cuba lakukan yang terbaik, sudahi segala usaha dengan tawakal dan redho, insyaAllah, jika kita mampu bersabar, Allah akan beri jalan keluar terbaik untuk diri kita.Ameen...

 
Hakcipta : Wan Saidin