Hampir semua link dibawah adalah halaman milik penulis. Sebarang masalah bolehlah hubungi terus kepada saya.
HUBUNGI | GAMAT ONLINE | TOUCH ONE | AGAMA | RENT | GOLD JEWELLERY |

Ahad, Julai 25, 2010

Bila Aku Nak Dapat Niee.....

Salah satu rancangan kehidupanku...

Teringin sangat nak punya Ladang Kambing sendiri.... 29/April/2010 lalu, wan pi la tengok ladang ni kat Perlis dan rancang nak beli tapi apakan daya wang tidak cukup..hehe InsyaAllah kalau dapat rezeki lebih ingat nak beli kambing kat sini dulu lepas tu tinggal ja kat ladang nie, suruh diorang tolong ternak jap sementara nak tau cara dan kenal ragam kambing nie...penyakit dia ka, demam ka, sakit perut ka, hamil ka dan lain-lain la.... tapi kena bayar la upah sikit kat diorang untuk makanan, rawatan perubatan, sewa kandang dan sebagainya dan dianggar dalam RM100 setahun untuk seekor kambing. Kira ok la, kita tak pening kepala... setahun boleh dapat seekor anak pun berbaloi dah...


tengok kambing ni, tidur dalam keluarga dia... yang belah kanan ni ketua keluarga dia, nama dia Jamnapuri.. waktu jumpa dia macam pengawal kat sini pun ada sebab dia ni ikut ja kat mana kami pi, risau gak awalnya sebab dia lari mai macam nak sondol ja...hehe kadang-kadang fikir binatang ni kalau kita belai dan sayang dia, dia pun akan pandai hargai manusia balik...  kalau manusia yang tak reti hargai kebaikan dan sayang yang orang bagi, sebenarnya lagi teruk dari binatang....


Kat kiri ni kambing yang baru lahir anak akan diasingkan untuk menjaga keselamatan anak ni takut dipijak ka apa ka, saiz anak tu nampak macam dah besar tapi umur sebenarnya baru ja beberapa hari...

ingat nak beli 1 set kambing ni la, 1 set yang aku nak 1 ekor kambing jantan dan 10 ekor kambing betina, harga sekali upah jaga RM12k. Ni harga kambing dan upah jaga untuk setahun la...sekarang kumpul baru ada dalam RM5k or RM6k ja...banyak lagi nak kumpul ni.... sapa ada idea nak cari duit halal cepat sikit?? hehe tak pun sapa nak hadiah kat wan nie?? herm....
Bila la nak cukup untuk beli ni, tambah lak 21/5/2010 ni Ahmad Mujahid dijangka bakal dilahirkan kedunia ni.... InsyaAllah kalau ada rezeki mujahid, dapat la Ayah dia belikan.... :)
Boleh buat kekah sekali kalau ada duit lebih...
Tapi sekarang, Nurul Ain Syifa dh lahir, Mujahid tak jadi keluar, kekah pun takleh nak buat lagi banyak lak duit nak pakai sekarang...macam-macam bisness nak buat, insyaAllah, ada rezeki nanti ok la..

0 comments:

 
Hakcipta : Wan Saidin