Hampir semua link dibawah adalah halaman milik penulis. Sebarang masalah bolehlah hubungi terus kepada saya.
HUBUNGI | AGAMA | GAMAT ONLINE | LANGKAWI TOUR| IKLAN1-KOSONG | IKLAN2-KOSONG |

Isnin, April 26, 2010

Isteriku Pilihan Allah

Ni la keluarga aku, abg aku yang no 3 takdak kat sini coz dia yang ambil gambar..
tapi yang paling aku sedih hari ni ialah bila kenangkan mak aku tak dak bersama...
Dia tak sempat jumpa menantu dia. Dulu semasa hayat dia, selalu dia suruh aku kahwin sebab masa aku pi keja boleh tolong tengok dan jaga dia yang sakit, tapi tanpa upayaku kerana jodoh pertemuan adalah takdir Allah... jodoh masih belum datang.. :(

Apa yang aku sentiasa harap sekarang ialah untuk senangkan hati semua pihak, InsyaAllah mak walau wan tak sempat bagi mak menantu yang dapat bantu mak di dunia, wan dah pesan dan amanahkan kat isteri wan untuk untuk sedekahkan Al-Fatihah buat mak setiap hari untuk membantu mak di sana (alam kubur). Mudah-mudahan jasa kecil ini dapat meringankan beban mak disana atau menaikkan taraf mak di sisi Allah s.w.t. Ameen..


Alhamdulillah akad nikah berjalan lancar dengan sekali lafaz. Walaupun kali pertama akad nikah, terpaksa buat selamba supaya tak nervous yang boleh mengganggu konsentrasi dalam lafaz nikah. Cuma apa yang tidak memuaskan hati aku ialah sesetengah imam yang menikahkan, perlu diberi lebih pendidikan, kursus dan pendedahan supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih amanah, cekap dan berilmu. Kalau dari segi hukum dan rukun nikah antaranya 2 orang saksi tapi sekarang saksi berdaftar ada yang tidak hadir hingga terpaksa mencari hingga rumah untuk dapatkan tandatangan saksi. Mujur semasa akad nikah terdapat ramai saksi yang kebanyakkan orang Islam yang mukallaf dan InsyaAllah mahir dalam agama. Sudah masalah saksi, nama pengantin pun salah ejaannya dalam arab. Dari makna yang membawa makna yang baik hingga tidak punya makna apa-apa. Contohnya RIDZUAN (nama aku) ejaan Ra Dhod Wau Alif Nun tetapi dieja dengan Ra Ya Zal Wau Alif Nun yang ketara silapnya. Tauliah sebagai juru akad nikah perlulah dipantau dan diuji. walaupun Tulisan nampak sebagai satu perkara yang kecil, tapi ia boleh mengakibatkan perkara yang besar.

Nasihat Aku :
Jangan terlalu sibuk mencari cinta manusia kerana kamu pasti akan terlupa cinta pada Tuhan..(ALLAH)
Jangan tergoda dengan kecantikan Insan kerana kecantikan itu dibimbangi akan merosakkanmu..
Jangan pilih isterimu kerana bangsawan, andainya ditarik kembali kamu pasti akan merana..
Kerana wanita Kamu akan perkasa dan kerana wanita juga kamu menjadi hina dan hamba dunia...
Pilihlah wanita yang cintakanmu melebihi cintamu padanya kerana mudah untuk kamu memimpinnya...
Pilihlah wanita kerana Allah, kerana taatnya padamu lebih membahagiakanmu lebih dari kecantikan yang menggairahkanmu..
Wanita hanyalah perhiasan dunia yang dijadikan sebagai teman dihati lelaki, samada membantu menemanimu ke syurga atau menarikmu ke neraka... Fikir-fikirlah membuat keputusan yang besar dalam hidup..

Ahad, April 25, 2010

Warkah Buat Ayah dan Bonda Tersayang


Bonda..Halalkanlah....Tiap titisan darah yang mengalir di segenap tubuhku...Tiap titisan susu yang kau hidangkan kepadaku disaat tiada makanan lagi untukku...
Ampunilah segala kenakalanku yang banyak mengguris perasaanmu...baranku yang banyak melukakan hatimu...
Masih belum puas rasanya bersamamu..telah kau pergi meninggalkanku buat selama-lamanya...kau pergi disaat aku masih perlukan belai kasih sayangmu...
Ibu.. kaulah satu-satunya insan yang memahami diriku..tempat aku meluahkan segala duka...tempatku mengadu segala berita..kaulah penghiburku disaatku kesedihan..kini aku tiada siapa lagi...Ya Allah...tempatkanlah ibuku bersama orang beriman...kasihanilah ia seperti mana ia mengasihiku sepanjang usianya...Kau utuskanlah setiap doa-doaku kepadanya supaya dia tahu aku sangat merinduinya...Maafkan aku ibu..andai selama kau berada bersamaku, aku bukanlah anak yang baik...Ibu..pernah kau pohon mahligai untukku disaat kusediakan sedikit sarapan maggi untukmu,disaat kau sudah tidak berdaya dan disaat kau tiada lagi rasa untukmu makan...mahligai yang pernah dimiliki insan sejarah ditengah lautan...maka aku pohon Engkau berikan mahligai yang lebih indah buat ibu...kerana lebih dahulu merawatku semasa kecilku...tanpanya...siapalah aku hari ini..... belum sempat kau menumpang keringatku hari ini...kini...akan aku iringi pemergianmu dengan butiran permata Al-Quran..moga kau tenang disana...Amin...

Ayah..
Disebalik ketegasanmu ada permata tersembunyi...
maafkan aku andai selalu membantah kehendakmu..bukan kerana aku benci, tapi ikhlas sekadar ingin menyatakan kebenaran, ini kerana aku sayang kepadamu..aku mungkin sangat berbeza dengan saudaraku yang lain yang mungkin jauh lebih kau sayangi...siapalah aku?? anak yang lupa daratan...anak yang lupa diri...anak yang mungkin banyak menyusahkan hidupmu... tapi aku bangga kerana sesuatu...kerana aku bagai insan terpilih... yang sering diuji...ditinggalkan sepi... diberi ruang bersama untuk terus merawat baki-baki kehidupan ini... aku tahu disebalik setiap kejadian yang lalu... terlalu banyak permata yang dapat kutemui... bersama dapat mengajar aku erti sebenar kehidupan...erti sebenar pengorbanan dan erti sebenar perjuangan.... kembalimu ke rumah pusaka...menghidupkan kembali seri kehidupan..karenah yang menjadi kerinduan... kekerasan peringatan yang amat ku dahagakan... YaAllah..sangatku hargai kurnia ini...aku puas dititian penuh duri dari titian licin yang banyak menjatuhkan umat... Ayah...apakah impianmu?? Ingin sangat rasanya menghiburkan hatimu, terlalu rindu melihat tawa senyummu...
Ayah...Ibu...ku mohon restu darimu.... atas segala pengorbananmu, andai kau tiada lagi.. pimpinlah aku menuju syahidMu....
YaAllah...kuatkanlah aku menghadapi baki hidup ini... menghadapi ujian yang telah KAU rencanakan untukku.. aku bersyukur kerana masih lagi KAU sayangi hambaMu ini... masih lagi memberi ruang untuk mengangkat darjat disisiMU... maka kau tabahkanlah hati ini... masukkanlah aku bersama orang-yang sabar... Ameen..ya Rabbal'Alamin...

DiSebalik Tirai Besi PPA Batu Gajah

Di Malaysia, terdapat beberapa Pusat Pemulihan Akhlak. Salah satu merupakan Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah.
SEJARAH PPA BATU GAJAH.( 1st Jakim Post aku kat sini)..

Institusi ini telah dibina pada tahun 1902. Pada masa itu institusi ini dikenali sebagai Kinta Prison. Seterusnya pada tahun 1951 institusi ini mula menerima banduanita dan dikenali sebagai Central Women’s Prison. Pada tahun 1959 pula institusi ini telah ditukar untuk menampunng Orang Tahanan yang ditahan dibawah Ordinan Darurat 1948. Pada tahun 1964 institusi ini telah dipertanggungjawabkan untuk menahan Orang Tahanan yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Pada tahun 1983 peranan institusi ini berubah sekali lagi. Mulai tanggal 22 Mac 1983 institusi ini telah dikenali sebagai Pusat Pemulihan Akhlak ( Jabatan Penjara Malaysia ) dan telah mula untuk menahan orang yang ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-Langkah Pencegahan Khas ) 1985. Melalui akta ini tahanan akan ditahan selama 2 tahun dibawah Perintah Tahanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
KATEGORI ORANG TAHANAN.

Pengertian Orang Tahanan ialah orang yang ditahan oleh kerajaan dengan Surat Kuasa `Order of Detention’ dan orang ini akan ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan dan dikenali dengan panggilan `Orang Tahanan’. `Order of Detention’ adalah satu Perintah Tahanan yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri untuk menahan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Kategori Tahanan di PPA BATU GAJAH, kategori pesalah kali pertama, yang hendaklah dibezakan daripada banduan yang lain dengan memakai nombor penjara berwarna merah di kiri kemeja mereka, kategori pengulang laku jenayah, yang hendaklah dibezakan daripada banduan yang lain dengan memakai nombor penjara berwarna hitam di kiri kemeja mereka. kategori banduan yang lari, yang hendaklah terdiri daripada semua banduan yang pernah melarikan diri daripada penjara atau pihak berkuasa yang lain yang pada masa ini sedang menjalani hukuman dan hendaklah dibezakan daripada banduan lain, dengan memakai jalur tambahan yang berwarna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Kesalahan mereka yang ditahan ini tidak dapat didakwa di Mahkamah kerana tidak mempunyai bukti-bukti yang jelas, hanya disyaki melakukan kesalahan atau terlibat di dalam kegiatan-kegiatan yang mengancam keselamatan awam.

AKTA YANG DIGUNAPAKAI
Pusat Pemulihan Akhlak adalah merupakan pusat untuk menahan orang-orang yang melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang seperti berikut;* Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 Sek.4(1).
* Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 (Order of Detention – Sek.8(1)(a).
* Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-Langkah Pencegahan Khas ) 1985 Sek.6(1).
* Akta Dadah Berbahaya 1952, Kaedah-Kaedah Pusat Pemulihan Dadah (Jabatan Penjara Malaysia) 1983.

AKTIVITI ORANG TAHANAN
Antara aktiviti orang tahanan adalah yang berkaitan dengan tugas aku kat sini ialah:-

RAWATAN DAN KEBAJIKANKaunseling ( individu, kelompok, kumpulan ). Program ini lebih menitik beratkan untuk merasionalkan pemikiran penghuni selain memberi kefahaman serta menanam sifat-sifat yang positif didalam diri mereka. Program ini juga merupakan sebagai integerasi semula penghuni kedalam kehidupan bermasyarakat dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dikalangan mereka.( a ) Program Halaqah.Merupakan ‘Core Treanment’ bagi penghuni yang beragama Islam yang telah dikenalpasti mempunyai tahap pengetahuan agama yang cetek. Ini bertujuan memberi pendedahan agama kepada penghuni supaya mengamalkan hidup secara Islam yang sebenar.

Gambar di atas adalah aktiviti halaqah.( b ) Aktiviti Keagamaan.Program adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam. Antara program yang dijalankan ialah dengan mengadakan seminar agama bagi memupuk nilai-nilai rohaniah yang baik dikalangan penghuni mengikut ajaran dan kefahaman agama masing-nasing. Program biasanya akan dikendalikan oleh pihak penjara dengan bantuan Badan-Badan Bukan Kerajaan yang dilantik atau pertubuhan agama yang berdaftar.(Ni guru dikalangan agama masing2 la, aku cuma uruskan agama Islam. Kalau program besar bawah Islam Hadhari yang meliputi semua agama, aku terlibat la).

AKTIVITI KEAGAMAAN( a ) Seminar Agama untuk semua agama.Program dilaksanakan bagi menyemai sifat-sifat rohani yang baik dikalangan penghuni dan membuka minda penghuni untuk mengupas isu-isu agama dengan penyertaan ahli-ahli panel yang dipilih untuk menjayakan program tersebut.
( b ) Ceramah-Ceramah Jemputan.Mengadakan sesi-sesi ceramah motivasi daripada penceramah luar dalam usaha membentuk keyakinan diri dikalangan penghuni. Program juga mendedahkan penghuni untuk membina kekuatan diri sebelum menghadapi stigma masyarakat sebelum dibebaskan.
( c ) Pertandingan-Pertandingan ( Keagamaan, Lukisan, Lanskap )Pertandingan seperti ini dapat membentuk sikap yang positif dikalangan penghuni untuk lebih berfikiran terbuka dan persaingan yang sihat dikalangan mereka. Selain itu penghuni juga boleh berfikiran secara kreatif untuk menghasilkan sesuatu pekerjaan yang bermutu dan dihargai oleh orang lain.

PROFAIL JABATANPada tanggal 22 Mac 1983 institusi ini telah dikenali sebagai Pusat Pemulihan Akhlak ( Jabatan Penjara Malaysia ) dan telah mula untuk menahan orang yang ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-Langkah Pencegahan Khas ) 1985. Melalui akta ini tahanan akan ditahan selama 2 tahun dibawah Perintah Tahanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak merupakan sebuah institusi yang menampung penghuni yang ditahan Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-langkah Pencegahan Khas ) 1985 Akta 316. Akta 316 ini membuat peruntukan mengenai Tahanan Pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya. Akta ini telah dikuatkuasakan pada 30 Mei 1985. Perintah Tahanan melalui akta ini dikeluarkan dan ditandatangani oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Aktiviti keagamaan terbaru ialah pertandingan marhaban dan tilawah akan diadakan di penjara Bentong pada 8.7.09 ni..



haa...dah selamat pun program kat penjara bentong, tapi kurang bernasib baik sebab dalam 3 penyertaan tahanan dalam pertandingan, kami cuma menang bagi peserta Qariah wanita 1 ja iaitu mendapat tempat ke-2. Saingan tahun ini agak sengit berbanding tahun-tahun lalu...cuba lagi tahun depan.insyaAllah.

Pertandingan selepas ni harap PPA boleh terus Johan. Tetap menyokong walau jauh diperantauan.

Selasa, April 20, 2010

Baby Walker - Pro VS Contra

AWAS!! Baby WALKER rencatkan perkembangan MENTAL anak


Allah berfirman : "Yang menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang, menurut rupa yang dikehendaki-Nya. Dia menyusun tubuh-tubuhmu" (Surah Al-Infithaar : 7-8 )

"Anak saya baru 6 bulan, kalau saya tiarapkan atau dia meniarap sendiri tak boleh lama-lama nanti dia mengamuk cept penat dan letih, tambah pula tengkuk dia masih lembih, kesian saya tengok dia, kalau letak dalam walker ni saya nampak dia happy ja, boleh ke sana ke sini" Alasan inilah yang mungkin selalu ibu atau bapa berikan untuk memberi walker kepada anak-anak dan ada yang berkata walker ni mampu beri anak ni cepat untuk berjalan. Apa yang lebih penting sekiranya anak diletakkan di dalam walker, anak tidak berpeluang untuk menjulur dan merangkak.
Hakikat inilah yang perlu disedari oleh kaum ibu dan bapa. Anak perlu ditiarapkan selalu sebaik sahaja selepas lahir. Insya-Allah anak akan cepat menjulur dan merangkak. Ini memberi peluang kepada anak untuk membantu perkembangan dari fizikal dan intelektual.

Antara kebaikan dan manfaat anak ditiarapkan, menjulur dan merangkak ialah : 1. Mempercepatkan perkembangan sistem saraf otak dari tahap 1,2 dan tahap 3.  2. Membolehkan kepalanya membesar dan berbentuk bulat (tidak leper) dan otak belakang merupakan memori, biar ruangan memori membesar dengan mudah dengan tidak banyak baring.  3. Mempercepatkan daya penglihatan sehingga ia dapat menembungkan penglihatan kedua-dua matanya.  4. Menguatkan otot-otot leher, bahu dan belakang sambil mempercepatkan pernafasannya.  5. Mempercepatkan ia membuka jari-jari tangannya agar meningkatkan daya genggaman dan daya sentuhan.  6. Membolehkan anak menggunakan kedua tangannya untuk mengangkat badannya dan terus mula mengimbang badannya.  7. Membolehkan ia bergerak sendiri dengan tujuan meneroka.  8. Memperkuatkan asas bagi dia cepat berdiri dan menyusur.  9. Meningkatkan asas bagi anak memperoleh pertuturan yang baik.

Walker mungkin banyak memudahkan kerja kita sebagai ibu atau bapa tapi perlu kita beri perhatian, anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai orang harta dunia, walker juga banyak mendatangkan kesan buruk kepada perkembangan dan keselamatan anak-anak. Jika terlalu cepat masukkan anak ke dalam walker juga akan menyebabkan otot-otot leher yang masih lembut akan rosak dan seterusnya memberi kesan pada saraf  otak. Ini akan merugikan anak. Disamping itu anak tidak berpeluang meneroka sedangkan masa kecil itulah masa terbaik untuk mereka meneroka. SEkian Nasihat Ikhlas Kepada Semua.

 
Hakcipta : Wan Saidin